Begitulah tajuk dalam ruangan sukan Harian Metro.
Tanggungjawab siapa mencari dana?
Seperti yang dilaporkan, kerajaan (dalam hal ini Majlis Sukan Negara) dipersalahkan apabila atlet tidak dapat bertanding dalam kejohanan-kejohanan di luar negara akibat kekurangan bajet.
Bagi saya kerajaan tidak sepatutnya dipersalahkan dalam hal peruntukan kepada persatuan sukan kerana tugas sebenar untuk mendapatkan dana adalah terletak di bahu persatuan sukan berkenaan. Selama ini persatuan sukan terlalu manja dengan Majlis Sukan Negara kerana ada peruntukan kewangan. Jadi mereka kurang berusaha untuk mencari dana sendiri. Sampai bilakah persatuan sukan hendak mengharapkan peruntukan kewangan daripada kerajaan?
Sudah sampai masa persatuan sukan patut berdiri atas kaki sendiri dan tidak bergantung harap kepada kerajaan untuk pembangunan mereka. Apa yang mereka perolehi dari MSN selama ini sepatutnya disyukuri oleh persatuan sukan kerana walaupun kerajaan tidak boleh melibatkan diri secara langsung dengan persatuan, mereka masih lagi bermurah hati untuk menyediakan peruntukan untuk tujuan pembangunan.
Like this:
Like Loading...