Tugas Mencari Dana Terletak di bahu Persatuan

Begitulah tajuk dalam ruangan sukan Harian Metro. 
Tanggungjawab siapa mencari dana?
Seperti yang dilaporkan, kerajaan (dalam hal ini Majlis Sukan Negara) dipersalahkan apabila atlet tidak dapat bertanding dalam kejohanan-kejohanan di luar negara akibat kekurangan bajet.
Bagi saya kerajaan tidak sepatutnya dipersalahkan dalam hal peruntukan kepada persatuan sukan kerana tugas sebenar untuk mendapatkan dana adalah terletak di bahu persatuan sukan berkenaan. Selama ini persatuan sukan terlalu manja dengan Majlis Sukan Negara kerana ada peruntukan kewangan. Jadi mereka kurang berusaha untuk mencari dana sendiri. Sampai bilakah persatuan sukan hendak mengharapkan peruntukan kewangan daripada kerajaan?
Sudah sampai masa persatuan sukan patut berdiri atas kaki sendiri dan tidak bergantung harap kepada kerajaan untuk pembangunan mereka. Apa yang mereka perolehi dari MSN selama ini sepatutnya disyukuri oleh persatuan sukan kerana walaupun kerajaan tidak boleh melibatkan diri secara langsung dengan persatuan, mereka masih lagi bermurah hati untuk menyediakan peruntukan untuk tujuan pembangunan.

KFA Rehatkan Ahmad Yusof

Kedah tersingkir dari saingan Piala FA setelah dikalahkan oleh Felda United dan tugas melatih Sang Kenari itu dipikul oleh Penolongnya yang bekas pemain Kebangsaan Radhi Mat Din. Tempoh pengantungan beliau belum ditetapkan oleh majikannya Persatuan Bolasepak Kedah.  
Mengantung jurulatih yang tidak perform adalah perkara biasa dalam sukan. Pencapaian seseorang jurulatih adalah seperti juga dalam lain-lain perkara iaitu ada up and down. Begitu juga dengan Pengurus Pasukan selain atlet. 
Berikut beberapa komen yang saya copy dari Facebook sebagai menjawab posting Rizal Hashim, Kasihan Ahmad Yusof
dh lama penyokong bersuara tentang pengurus si dato khazali tu…jurulatih xda kuasa yg penuh utk tentukan sesuatu..sepanjang saya ikuti permainan kedah paling baik ialah pada final piala fa dgn ns thn lepas..selainnya dikira teruk jika hendak dbandingkan dgn pemain yg dimiliki termasuklah semi final piala malaysia dgn kelantan thn lepas..itu bukan standard semi finalis…bertindak terhadap hj ahmad sahaja dgn tiada apa tindakan terhadap pengurus pada sy tidak akan merubah byk perkara utk pasukan kesayangan saya ini..wallahua’lam…


Farish Daniel Chew aku pn plik la dgn team kdh nie..ye la dh la rmai pmain kebangsaan tpi tektikal hancur..aku rsa ahmad yusoof tdk pndai menggunakan pmain2 ini spt mnew k.rajopal menggunakannye..aku rsa mmg patut yusof ditkr dgn coach yg lain spt mnew hodson ditkrkn dgn daglish…


Faktor kemenangan seseorang atlet dan dalam hal ini pasukan bolasepak Kedah bukan sekadar bergantung kepada jurulatih. Team sport adalah merupakan total committment. Semua pihak harus terlibat berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan. Performance sesebuah pasukan bergantung kepada Pengurus Pasukan, Persatuan, Jurulatih, Khidmat Sokongan, Pemain dan juga penonton. Kesemua aspek ini saling bergantung antara satu sama lain. Jika ada mana-mana pihak yang ‘slack’ maka kekuatan pasukan itu akan terjejas. 


Apabila seseorang atlet itu tidak dapat memberikan performance yang diharapkan dan mencapai plateau sehingga beberapa lama, maka jalan terbaik ialah merehatkan atlet berkenaan untuk satu masa tertentu dan kemudian mulakan dari awal untuk membina pencapaian hingga dapat mengatasi tahap di mana dia mencapai plateau sebelum itu. Mungkin inilah pandangan pengurusan KFA sehingga mengambil keputusan untuk merehatkan Ahmad Yusof buat sementara (atau…… Entahlah).  


Salah satu rujukan sukan yang terbaik untuk mendapatkan info yang baik ialah melalui blog Loose Cannon oleh Rizal Hashim. Dalam postingnya berkaitan perkara ini,  Rizal Hashim ada menulis begini ……..

jadi mangsa keadaan. Pemain tidak berapa suka dengan pengurus Datuk Khazali Din. Ada pemain tidak beri 100 peratus dalam game, tentu ada sebab-musababnya. Jadi Ahmad Yusof barangkali tersepit.


Saya tidak menafikan pandangan beliau. Ada kebenarannya dan mungkin juga meleset. Namun demikian seperti yang saya tulis di atas tadi, pencapaian ialah komitment total. Bacalah posting Rizal sepenuhnya dan anda buat pertimbangan. Sebagai rekod Kedah mencapai double treble semasa Datuk Aziz Osman menjadi Pengurus Pasukan. Adakah wajar Datuk Aziz dibawa masuk semula untuk turn the table? Kepada semua pihak, diharapkan tidak ada unsur politik kepartian dilibatkan dengan sukan kerana ianya akan menjadi pemusnah dalam pencapaian sukan. Seperti yang ditulis oleh salah seorang penyokong Hijaukuning.com……..

eLOK LA DATO’KHAZALI BALIK REHAT DULU…..ak cukup x berkenan bila bola sepak kedah telah d’politik’kan..bila bola sepak d’politikan..punah masa depan bola sepak kedah..hancur….pupuslah persatuan bola sepak klu d’politikan….


Semoga KFA dapat mengambil keputusan yang bijak. Sayangilah KDYMM Tuanku Sultan Kedah kerana Baginda amat berminat dengan sukan ini sehingga tidak melepaskan peluang untuk turut bersama menjadi penyokong setiap kali Kedah bermain. Ingat tak lagi Baginda sanggup berjalan kaki sehingga terjejas kesihatan, untuk sampai ke Stadium Batu Kawan dulu untuk menyokong dan melihat Kedah menjulang Piala FA dulu? 

Sabah – Sungai Morali, Luanti Natural Fish Spa

Fish Spa had made its appearance in shopping complexes where one can go and let the fish nibble on the skin, peeling away dead skin cells while experiencing the massage sensation. Dip your feet into the fish tank and the little fish come and treat them.
Having fish spa in its natural environment and habitat is quite rare. The community of Kg Luanti located about 18 kilometres from Ranau town seems to be blessed with this natural spa, where the river, Sg Morali was turned into a tourist attraction. I had an opportunity to visit one while I took my family back to Sabah for a family gathering.

To go to Kg Luanti, the best way is to drive up the winding road from Kota Kinabalu towards National Park or Sandakan and on the way after Ranau town is this Tagal Sungai Morali, Kg. Luanti Baru. This remote village has been selected as the Malaysia River Care winner Award in 2006 for their effort in maintaining the natural gift.  

      
The landmark is the Sabah Tea signboard and immediately after it is the Tagal Sungai Morali at Kampung Luanti  Baru. You go past the junction to Poring hot Springs. This signboard below is very visible as you go past the Sabah Tea signboard.
The fish found in the area are the Garap, Pelian, Kelah and Tor Tambroides. They will “attack” you once you step into the slow flowing water and start nibbling on your skin. Adult visitors only pay RM 5.00 while children between 6 – 12 years RM 2.00. Infant is FOC. That is for dipping the feet into the water for 15 minutes but if you want to “swim with the fish”, there is a flat rate of RM 10.00 per  15 minutes, irrespective of age.
Top: Step into the water and the fish will swarm around your feet
Top photo: This is what happen to my feet after being “massaged” by the fish. Less dead skin, uh?

The place starts operating in 2002 but only open to the public in 2008. Besides the fish spa, the place provide chalet at between RM 50.00- RM 80.00 per night with access to the kitchen and guest can cook on their own. However guest can request catering for food if they have no time to cook. There are homestay too if the chalet are full. For the more adventuruous, there are campsites to fix up your tent.

At any one time the Tagal Sg Morali can accommodate up to 200 guest, and team building or motivational activities can be organised here.
Top : Some of the chalet within the area
While enjoying watching visitors giggle and getting excited having their feet being “massaged” by the fishes, guest can sing out your voice at the karaoke for RM 1.00 per song.  
So, if you visit Sabah and have enough time to travel around, try not to miss this fish spa.   
Visit  www.asehtours.com for details. 

Floorball, Permainan Yang Menarik.

Sekarang berada di Kompleks Rakan Muda Puchong kerana hantar anak untuk upgrading Karate. Baru je nak naik kuning.

Di dalam dewan pertama kali dapat tengok permainan floorball. Ianya versi ice hockey tetapi di mainkan di atas lantai kering. Memang menarik juga dan wajar di sebarkan khususnya di kalalangan pelajar sekolah yang mana sekolah hanya memiliki dewan sahaja.

Melihatkan corak permainan, ia memerlukan tenaga aerobik yang tinggi juga disamping daya anaerobik.

Published with Blogger-droid v1.6.7

Wajarkah Notis Ekor Dibayar?

Baru baca dalam salah satu posting di Facebook. Isu saman ekor ni sebenarnya adalah satu penganiayaan BN terhadap rakyat yang didahulukan. Dalam hal ini Rakyat didahulukan dalam apa-apa tindakan yang menuntungkan mereka. Apakah kerajaan terdesak sangat hendak cari duit untuk ditaburkan dalam PRU 13 nanti?

Jika dibaca artikal di bawah ini, memang ada kebenarannya. Tetapi antara rakyat dengan kerajaan, rakyat adalah mentimun sepanjang masa dan kerajaan adalah durian. Apa lagi dakam pwngguns tidak dapat bersatu, kerajaan mengambil peluang untuk menindas mereka.

Bacalah artikal berikut.

Shahraqib Badlishah’s notes

Published with Blogger-droid v1.6.7

Alor Setar – Tat Nasi Ayam

Hari ini singgah makan nasi kat Tat Nasi Ayam di Taman Pandan, Alor Setar. Orang cakap sedap dan terasa nak mencuba.

Semasa tiba memang nampak ramai juga pelanggan dan ada ruang tambahan di bahagian luar kedai yang menandakan ramai pelanggan.

Selepas makan memang dapat di berikan 4 bintang dari segi rasa.

Published with Blogger-droid v1.6.7
footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: