Kejohanan Besbol Piala Raja Muda Perlis 2011

Kejohanan diadakan di Kompleks Sukan Perlis. Bermula pada 26 Mei dan akan tamat pada 29 Mei.

Lima pasukan mengambil bahagian yang terdiri daripada UniMAP A, UniMAP B, Polimas, Sukma dan MSS Perlis.

Majlis penutup akan dirasmikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis pada 29 Mei 2011. Perlawanan Akhir dijangka bermula jam 3.30 ptg sebelum upacara penutup.

Published with Blogger-droid v1.6.9

Latihan Sukarelawan Sukan Malaysia 2011

Seramai 350 orang tenaga sukarelawan telah menjalani latihan sebagai persiapan sebelum bertugas dalam Sukan Malaysia yang akan diadakan pada 2 hingga 12 Jun 2011.

Sukarelawan itu majoritinya terdiri daripada pelajar IPT tempatan telah didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab sukarelawan, disamping apakah peranan mereka dalam membantu menjayakan sukan terbesar di negara ini.

Majlis diresmikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan Dato’ Hj. Jalil bin Abdullah.

Selepas kursus tersebut para sukarelawan telah bersedia untuk memikul tanggungjawab membantu Majlis Sukan Negara menjayakan Sukan Malaysia yang kali terakhir mereka menjadi penganjur ialah pada tahun 1988.

Klinik Kejurulatihan Baseball BFA 2011

Persekutuan Besbol Malaysia merancang untuk menganjurkan satu klinik di Kuala Lumpur bagi tujuan meningkatkan lagi mutu kejurulatihan Besbol di negara ini. 
Klinik tersebut dijangkan diadakan pada 20 hingga 29 Jun 2011. Persekutuan Besbol Asia akan menghantar seorang jurulatihnya untuk memberikan tunjukajar di dalam klinik berkenaan. 
Jurulatih-jurulatih Besbol adalah dijemput untuk memohon mengikuti klinik ini. Permohonan boleh dikemukakan kepada zaharibb@gmail.com dengan segera kerana tempat adalah terhad. 

Sukan Malaysia 2011

sukma2(2).gifTahun ini diadakan sekali lagi Sukan Malaysia dan ini merupakan yang pertama ke arah menganjurkan sukan ini setiap tahun. Acara yang berselang seli dengan acara utama SUKMA ialah untuk memberi peluang kepada sukan-sukan lain yang tidak tersenarai di dalam SUKMA untuk mengambil bahagian. 
Sukan Malaysia yang berselang seli dengan SUKMA akan diadakan di beberapa tempat di Kuala Lumpur. Laman web resmi Sukan Malaysia.

 maskot.png
footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: