Rebiu Buku – SIRI TOKOH MALAYSIA

Medium Publications telah menerbitkan sebuah buku rujukan untuk mereka yang berminat dengan sejarah dan tokoh sukan, sebagai sumber rujukan. Buku bertajuk 20 Tokoh Sukan setebal 158 muka surat ini menyenaraikan seramai 20 tokoh sukan negara bermula daripada Datuk Ghani Minhat, Raja bolasepak Malaysia hinggalah ke tokoh sukan tahun-tahun 90an dan 2000. Buku ini ditulis oleh Mohd Sofi Munajir dengan Cetakan Pertama pada tahun 2009.
Dalam Prakatanya, Mohd Sofi Munajir menulis,
Buku 20 tokoh sukan ini ditulis untuk merakamkan jalan hidup dan kejayaan yang dicapai oleh 20 orang tokoh sukan negara yang telah menempa nama dalam bidang masing-masing. Mereka telah menunjukkan pencapaian yng cemerlang dan telah mencipta sejarah gemilang dalam arena sukan negara, sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat antarabangsa.
  
Buku yang ditulis dengan bahasa yang mudah dalam Bahasa Melayu sesuai untuk dibaca oleh pelajar-pelajar di semua peringkat sebagai panduan dan peransang dan juga sebagai sumber rujukan kepada pelajar yang mengambil Kursus Pendidikan Jasmani di Institusi Pendidikan Guru atau universiti.
Selain daripada boleh melihat bagaimana tokoh-tokoh sukan negara ini berjuang untuk menaikkan imej negara, beberapa tokoh yang disenaraikan juga boleh dijadikan sebagai contoh kepada kanak-kanak dan pelajar sekolah bahawa sukan bukan satu penghalang kepada kemajuan dalam bidang akademik. Misalnya Dato’ Nicol Ann David yang memegng takhta pemain skuasy no satu dunia jug cemerlang dalam akademik apabila berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan PMR dan 7A dalam SPM dan pada masa yang sama beliau juga aktif bermain untuk negara.
Begitu juga disenaraikan Datuk M Jegathesan yang berjaya dalam dua-dua bidang iaitu sukan dan akademik.
Apa yang dapat dilihat dalm buku ini ialah ia menyenaraikan legenda dan icon sukan negara.
Buku ini untuk dibca boleh diperolehi di Pusat Sumber Institut Sukan Negara, Kuala Lumpur. Harga sebuah ialah RM 20.00 

Author: atok zaha

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: