Seminar Personaliti Unggul MSN

WHAT IS AMERICA WITHOUT HOLLYWOOD

Saya tertarik dengan statement yang dikeluarkan oleh Artis Rosyam Nor semasa hadir dalam satu seminar anjuran Cawangan Pembangunan Organisasi, Majlis Sukan Negara di Auditorium Perdana, ISN di Bukit Jalil. Turu hadir sama dalam seminar tersebut ialah Sdr. Norman KRU.

IMG_9043

Jika direnungkan kembali sememangnya kita kagum dengan Amerika hanyalah kerana publisiti dan propaganda yang dipaparkan melalui filem-filem keluaran Hollywood. Hollywood telah menanamkan di minda kita sejak zaman kanak-kanak lagi tentang kekuatan Amerika, tentang kehebatan Amerika sehingga kita turut tunduk dengan semua budaya mereka. Hasil daripada itu mereka menjajah minda kita dengan budaya fast food dan what Amerika do is always right. Sebab itulah sampai hari ini kita masih tunduk kepada Amerika dengan isu-isu antarabangsa khususnya penjajahan Isreal ke atas bumi Pelestine.

Sdr. Rosyam membuat statement tersebut apabila ditanya mengapa di negara kita tidak diterbitkan filem-filem yang memberikan motivasi dan semangat kepada atlet-atlet negara seperti yang dilakukan oleh negara Barat khususnya. Mengikut beliau lagi, mereka bukan tidak mahu tetapi untuk menerbitkan filem-filem seperti itu memerlukan kos untuk R&D dan syarikat-syarikat perfileman memerlukan dana untuk tujuan itu. Sebagai contoh beliau telah mengusahakan untuk menerbitkan filem berjodol “Kasut Emas” yang mengisahkan tentang Allahyarham Mokthar Dahari tetapi apabila berjumpa dengan pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan dana, ianya senyap begitu sahaja.

Perfileman di Malaysia tidak mempunyai audien yang besar seperti keluaran Hollywood atau Bollywood yang ada pasaran antarabangsa, jadi pengeluar filem lebih berminat untuk menerbitkan filem-filem yang boleh mendapat pulangan. Walau bagaimanapun, kedua-dua atris jemputan itu bersetuju untuk membantu menerbitkan filem-filem yang berdasarkan perjuangan ahli sukan sebagai pembakar semangat, sekiranya pihak-pighak tertentu seperti MSN atau TM sudi untuk memberikan mereka dana.

Seminar tersebut adalah satu kelainan kepada program-program yang dianjurkan oleh Majlis sukan Negara kerana telah mengabungkan sukan dengan selebriti hiburan. Rosyam dan Norman telah berjaya memainkan peranan mereka sebagai  pembakar semangat kepada atlet-atlet nergara. Melaluinya juga atlet negara boleh nampak bahawa artis-artis tanahair juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama memberikan sokongan semasa mereka beraksi di padang.

Kesan daripada seminar itu, didapati, warga artis juga ada yang mempunyai kebolehan untuk memberikan motivasi disampng atlet dan hadirin  boleh berkongsi pengalaman bagaimana seseorang itu boleh berjaya di dalam bidang masing-masing. 

IMG_9053

 Atlet negara tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan selebriti yang mejadi tetamu di Seminar tersebut.

Author: atok zaha

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: