MSN Wajar Hidupkan Semula Tunas Cemerlang

on

Terlintas di hati saya untuk menulis posting ini apabila melihat seorang remaja memakai baju dengan perkataan Tunas Cemerlang terpampang di dadanya. Program yang memberikan bimbingan sukan kepada golongan berusia 13 hingga 15 tahun kini sudah tidak ujud lagi.

Bagi saya program tersebut telah berjaya melahirkan ramai atlet muda dengan bimbingan kemahiran yang betul pada peringkat asas. Antara atlet muda yang berjala dilahirkan melalui program ini dulu ialah seperti Nik Nor Azura, Abdul Malik Tobias, Siti Mariam, Teh Weng Chang, Kamarudizaman, Moh siew Wei dan sebagainya.

Program ini yang dihidupkan pada tahun 1989 oleh Bahagian Pembangunan yang diketuai oleh Pengarahnya Tn. Hj. Zaki Abdul Rahman tetapi telah ditematkan dengan pengujudan program baru Sukan Teras. Sukan Teras juga sekarang sudah digantikan dengan Sukan Prestasi Tinggi.

Semasa Sukan Teras diujudkan dahulu ramai kawan-kawan saya bertanya pendapat semasa hendak memohon untuk melibatkan diri sama ada sebagai pegawai atau jurulatih. Jawapan yang saya berikan ialah program tersebut ditubuhkan berasaskan politik. Dan saya rasa pendapat saya itu ada asasnya kerana ia ujud dan hilang bersama Menterinya.

Sukan Teras telah digantikan dengan Sukan Prestasi Tinggi dan diuruskan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN) dengan USPTN terdapat di setiap negeri. Walaupun kita sering dengar keputusan memberansang dari segi prestasi semasa dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan tetapi kita masih perlu satu ‘base’ yang lebih luas dan untuk mendapatkan ‘base’ yang luas sumbernya berada di sekolah.

Program Tunas Cemerlang melibatkan pelajar sekolah dalam lingkungan usia 13 tahun hingga 15 tahun dan kemudiannya diteruskan dengan program Tunas Cemerlang 2 bagi atlet-atlet terbaik yang meneruskan pelajaran di Tingkatan Empat dan Lima.

Saya rasa Program Tunas Cemerlang ini yang mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia melalui MSSM wajar dihidupkan semula bagi membolehkan USPT terus menerima atlet yang berkualiti untuk diketengahkan  melalui program mereka. Biarlah USPT benar-benar menguruskan atlet pelapis sementara Program Tunas Cemerlang sebagai gudang untuk membekalkan atlet berkualiti.

Advertisements

One Comment Add yours

  1. Anonymous says:

    saya bersetuju dgn cadangan agar program tunas cemerlang dihidupkan kembali.mmg program tunas cemerlang wujudkan "base" bg melahirkan ramai atlet. sy adalah bekas peserta progam ini dan mmg harus akui ramai atlet lahir dari program ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s