MENARA ALOR SETAR

Salah satu mercu tanda yang terdapat di Bandaraya Alor Setar ialah Menara Alor Setar yang terletak di persimpangan Lebuhraya Darulaman dan Jalan Telok Wan Jah. Ia merupakan sebuah menara pemancar telekomunikasi milik Telekom Malaysia. Menara Alor Setar setinggi 165.6 meter (541 kaki) merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia dan kesembilanbelas di dunia.

Menara Alor setar telah disempurnakan perasmannya oleh YAB Dato’ seri Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia pada 10 Rabiul Akhir 1418 bersamaan 14 Ogos 1997.

Beberapa fakta mengenai Menara Alor Setar:

Pembinaannya adalah sama kaedah dengan pembinaan Menara Kuala Lumpur dimana 5 tiangnya dibina menggunakan ‘Self Climbing Jumpform’

Para pelawat boleh naik ke ‘viewing gallery’ yang terletak pada aras 88 meter dan boleh memuatkan seramai 100 orang pada satu-satu masa. Terdapat dua buah lif bercermin lutsinar yang membawa pelawat naik dan turun sambil menikmati pemandangan sekitar. Pada aras setinggi 94 meter pula terdapat sebuah restoran berputar di mana pelanggan boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan sekitar Bandaraya. Restoran ini boleh memuatkan seramai 200 hingga 250 orang dan kadar putarannya ialah selama satu jam bagi satu putaran.  Lain-lain kemudahan yang terdapat:

menara AS (55)

Semasa berada di aras tinjauan beberapa pemandangan menarik sekitar Bandaraya Alor Setar boleh dilihat, misalnya Pusat Bandaraya Alor Setar

menara AS (22)

atau dataran sawah padi dengan Gunung Keriang sebagai latar belakang.

menara AS (18)

Mesjid Zahir, Balai Nobat dan Dataran Setar.

menara AS (15)

Jika anda ingin menikmati pemandangan dengan lebih jelas, bolehlah bawa teropong atau anda boleh menggunakan kemudahan teropong yang disediakan.

menara AS (27)

Jika anda melawat Bandaraya Alor setar jangan melepaskan peluang untuk menaiki menara ini untuk melihat dataran sekitar Bandaraya yang rata yang mendapat gelaran Periuk Nasi Malaysia, kerana keluasan kawasan sawahnya dan pengeluar beras terbesar negara. Tiket untuk menaiki menara ini ialah seperti berikut:

menara AS (9)

Sekiranya anda ingin menikmati makanan secara ekslusif bersama keluarga, sahabat handai, klien atau kekasih, bolehlah membuat tempahan untuk ke Restoran Seri Angkasa yang terletak pada aras 94 meter. Terdapat kaunter khidmat pelanggannya di kawasan podium.

menara AS (48)  Selepas berada di atas menara, pelawat juga boleh bersantai di kawasan Taman yang disediakan dengan kemudahan permainan kanak-kanak. Memandangkan ini kawasan awam, pelawat kenalah menjaga tata susila dan adab sopan kerana

menara AS (79)

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: