Kelemahan Kawalselia Kursus

Hadir untuk mengajar dalam Kursus Sukan SPKK Tahap II di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Macam biasa topik yang diberikan ialah Falsafah Sukan dan Sukan di Malaysia.

Sampai awal selepas hantar anak kerana bimbang tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Maklumlah waktu itu waktu orang ke pejabat dan laluannya pula menghala ke Pusat Bandaraya. 

Jalan tidak begitu sesak, kerana mungkin masa agak awal. Tiba di Stadium Bolasepak KL lebih kurang jam 7.30 pagi. Masih terlalu awal kerana kelas jam 9.00 pagi. Pergi minum dulu di Bandar Seri Permaisuri.

Tiba semula ke Stadium Bolasepak jam 8.45 pagi. Masuk kelas peserta ramai masih belum tiba. Bila tanya penyelaras, dia cakap peserta pergi minum. Ah, tabiat orang Malaysia. Inilah salah satu aspek yang menjadikan orang Malaysia tidak profesional dalam melaksanakan aktivitinya. Masih kukuh berbegang pada jam Melayu.

Peserta sepatutnya sudah berada di dalam kelas sebelum kelas itu bermula lagi. Duduk dengan tenang dan bersedia untuk berkursus. Amalan tiba lewat adalah sesuatu yang sepatutnya dikikis dari senarai sikap kita. Lagi pun kursus hanya 6 hari sahaja. Apa salahnya dalam masa 6 hari itu, korbankan sedikit masa untuk hadir sebelum masanya.

Peserta adalah jurulatih dan bakal jurulatih. Jika begitulah sikapnya jurulatih sukan kita, bagaimana hendak memupuk tabiat positif kepada atlet. Pepatah Guru kencing berdiri murid kencing berlari sewajarnya dijadikan iktibar.

Dulu semasa mengajar Kompetensi Kejurulatihan, saya selalu tekankan tentang mematuhi masa. Dalam memenuhi tuntutan masa, jurulatih hendaklah menjadi contoh kepada atletnya. Walaupun dari segi pengurusan kerja, jurulatih boleh memberikan arahan lebih awal tentang apa yang perlu dibuat, tetapi sebagai contoh, jurulatih juga hendaklah tiba di tempat latihan lebih awal. Jurulatih bukanlah Tuan Besar kepada atlet, tetapi hendaklah menjadi kawan.

OK, hampir setengah jam, baharu separuh sahaja peserta yang ada. Dah setengah jam masa terbuang. Dah buang masa menunggu peserta, LCD projector pula tidak berfungsi. Terbaung masa lagi berusaha untuk menghidupkan LCD projector itu. Dah habis satu jam. Bermakna masa untuk topik pertama selama satu jam terbuang begitu sahaja dan tidak banyak ilmu dapat diterapkan kepada peserta.

Semasa rehat ada pegawai dari MSKL datang untuk berusaha membolehkan LCD projector tersebut dapat digunakan. Akhirnya mereka juga give up. Masih tidak dapat digunakan. Sehingga tamat kelas lebih kurang jam 1.00 tengahari, aku terpaksa memberikan syarahan tanpa menggunakan alat bantu mengajar. Walaupun pengajaran dapat dijalankan tetapi tidak lancar kerana sekali sekala terpaksa merujuk kepada buku nota untuk memastikan tidak ada perkara yang tertinggal. Usaha aku untuk membaiki dan menyediakan powerpoint presentation sia-sia sahaja.

Apa yang berlaku sewajarnya pegawai yang bertanggungjawab berada di tempat kursus untuk memantau perkara-peraka seperti itu. Bukan sekadar tengok peserta sudah ada dan kemudian hilang terus. Tinggallah aku dengan peserta sahaja.

Dalam pengurusan kursus, biasanya ada urusetia, atau sekurang-kurangnya ada wakil untuk mengambil sebarang tindakan serta merta jika diperlukan. Bagi aku pegawai yang bertanggungjawab tidak berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sepatutnya berada di tempat kursus untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

Semasa zaman aku menguruskan kursus berkenaan dulu pun, bukan sepanjang masa aku berada di tempat kursus. Tetapi sebelum meninggalkan tempat itu, aku pastikan semuanya teratur. Penceramah sudah hadir, Alat Bantuan Mengajar berjalan dengan lancar. Bila semuanya OK dan kelas bemula maka, aku pergi juga mengeteh. Bukan bermakna orang bertanggungjawab kena sentiasa berada di tempat kursus. Penceramah pun tidak selesa jika ada pihak Urusetia duduk di belakang kelas sepanjang masa. Seolah-olah hendak memantau pengajaran walaupun bukan itu tujuannya.

BASEBALL PRESIDENT’S CUP 2011

The tournament is being held at ASTAKA field in Petaling Jaya from 8-10 Sept 2011. Four teams took part two from Klang Valley and one each from Kedah and Perlis.

The two teams from Klang Valley are Stars Baseball Club and Patriots while Perlis is represented by UniMAP and Kedah POLIMAS, Jitra. POLIMAS was the champion in the Piala Raja Muda Perlis Challenge Trophy held earlier this year in Kangar, Perlis.

To be updated………

Published with Blogger-droid v1.7.4

SUSU KAMBING DARI AQM DINAMIK INDUSTRY

Selain mengeluarkan kopi pracampur herba, Syarikat AQM juga mnegeluarkan Qaisara Goat’s Milk. Ia merupakan susu kambing dan ekstrak madu lebah.

Produk ini seperti juga Kopi Pracampuran, mendapat pengiktirafan daripada agensi-agensi yang berkaitan.
Harga produk ini ialah seperti berikut:

KOPI PRA CAMPUR HERBA QAISARA

Syarikat ini akan mengedarkan kopi herba berjenama sepeti di atas. Saya telah melawat kilang pengeluarnya Qaisara Global Industries Sdn. Bhd. yang terletak di Kompleks IKS Alor Biak, Kedah untuk melihat sendiri premis yang telah mendapat kelulusan dari berbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan dari segi kebersihannya.
Qaisara 1
Qaisara Herbs Coffee adalah merupakan kopi campuran herba yang jika diminum dalam jangka panjang boleh membantu mengawal beberapa penyakit yang boleh diubati menggunakan herba-herba seperti berikut. Namun perlulah diingat bahawa tidak ada penyakit yang akan sembuh dengan serta merta kecuali dengan izin Allah. 

Herba-herba yang dicampur ke dalam kopi ini ialah:
Senduduk Putih
Ada yang mempercayai ia boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular.
Hamba Raja
Kegunaan: merawat cirit birit, meroyan, colics, demam, ulcers dan seriawan
Jarum Mas
mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilankan sakit urat dan sengal badan dengan penyediaany yang sama
Tutup Bumi
Antara khasiat yang agak ketara adalah merawat selsema, sakit tekak batuk, anemia (wanita dan kanak-kanak) dan juga haid tidk teratur.
Ubi Merah .
Ubi merah mengurangi risiko penyakit jantung dan barah, mengawal kadar gula darah, dan menjaga daya ingat (anti pikun)

Qaisara 3
Kopi pra campuran herba ini telah menjalani ujian makmal dan mendapat status pengesahan Halal dari JAKIM. Di samping itu produk syarikat ini juga telah mendapat pengiktirafan jenama 1Malaysia Best  
Harga satu pek mengandungi 20 uncang 20gm setiap satu ialah RM24.90 di Semenanjung Malaysia, RM27 di Sabah dan Sarawak dan $Bru 20.00.
Kepada sesiapa yang ingin membuat pembelian bolehlah menghubungi syarikat ini di nombor 0193204144. Pembeli di sekitar kawan Bukit Jalil boleh membelinya secara COD dan produk akan dihantar terus ke rumah anda tanpa sebarang kos tambahan.
Sekiranya anda ingin membuat pesanan sila SMS ke nombor di atas atau email kepada zbestetika@gmail.com. Bayaran boleh dibuat ke dalam Akaun CIMB 14240000485109 (zb estetika resources)
Pembeli di kawasan lain sila sertakan wang pos RM 5.00 di (Semenanjung) dan RM10.00 (Sabah/Sarawak)
Produk akan dihantar dalam masa 5 hari bekerja melalui Pos Ekspress.
footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: