KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) DIRESMIKAN

Majlis Sukan Negara dengan resminya melancarkan Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) yang akan menjadi kursus berstruktuk untuk melatih para pengurus dan pengiat sukan di Malaysia. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabeery Cheek, bertempat di Dewan Perdana ISN, di Bukit Jalil hari ini. Kursus yang dilancarkan adalah untuk modul Tahap I.

Majlis tersebut juga turut diharidi oleh Pengarah-pengarah Majlis Sukan Negeri-negeri dan juga Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri.

Buat pertama kalinnya, kursus yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara mempunyai rakan kongsinya, iaitu Telekom Malaysia (TM) yang akan menaja kursus tersebut yang akan dilaksanakan di seluruh negara.

Dalam majlis tersebut juga telah diresmikan perlantikan para Instruktur yang akan mengajar dalam kursus-kursus yang akan dijalankan.

Published with Blogger-droid v1.7.4