Month: November 2011
JEJAK PERTAMA DI INDONESIA
Ia merupakan perjalanan aku yang pertama ke Indonesia. Sememangnya rezeki yang diberikan Allah selepas aku bersara dari perkhidmatan dengan kerajaan. Aku diberikan tugas untuk menjadi salah seorang koordinator untuk sistem keputusan di SEA Games edisi ke 26 di Palembang.
Inilah SEA Games pertama aku terlibat secara langsung.
Ini kali pertama aku menjejaki kaki di bumi Indonesia.
Ini kali pertama aku melintasi Garisan Khatulistiwa.
Ini kali pertama aku menaiki pesawat Garuda.
Ini kali pertama aku menaiki pesawat Lion air.
Perjalanan aku ke Indonesia ialah pada 11 – 11 – 2011. Penerbangan Garuda Airlines dari KLIA ke Sukarno Hatta International Airport, Jakarta (SHIA). Untuk keselamatan anda, sila pasangkan sabuk pengaman.
Dari SHIA menaiki taksi Bluebird ke tempat penginapan di Take’s Mansion, Jalan Tmn. Kebun Sirih I, Jakarta. Adalah dinasihatkan kepada pelancung untuk mengambil Teksi Bluebird kerana perkhidmatan yang lebih reliable dan cemerlang mereka dengan pemandu yang jujur. Salah seorang ahli rombongan kami yang datang lebih awal, telah tertinggal telefon bimbit di dalam teksi dan pemandu teksi itu telah mengembalikan semula telefon bimbit itu. Itu satu kejujuran pekerja perkhidmatan teksi tersebut.
Take’s Mansion (Atas), terletak tidak jauh dari Tugu Monas (Bawah)
Selepas pergi meninjau di HQ Indosat tempat terletak pusat kawalan ICT SEA Games. Indosat adalah merupakan penaga telekomunkasi resmi SEA Games 2011. Di Indosat, aku telah setup Blackberry dan juga membeli kad Sim Broadband IM3 Mentari untuk Samsung Tab aku.
Selepas itu pergi ke Sakinah Mall di Jalan Muhammad Husni Thamrin untuk membeli adaptor kerana punca eletrik adalah seperti ini.
Sudah sampai Sakinah Mall terpaksa beli stokin kerana bawa sepasang saja. Nasib baik dapat stokin yang ada diskon 50%. Jadi bolehlah beli stokin yang berharga Rp36,000. Selepas itu makan di
Dinner malam itu ialah Nasi Uduk ayam. Macam Nasi Lemaklah di Malaysia tetapi presentationnnya agak menarik dan kemas.
Memandangkan masa tidak mengizinkan, aku tidak sempat melawat Jakarta. Hari keesokannya akan berlepas pula ke Palembang untuk memulakan tugas di SEA Games selepas menikmati fajar buat kali pertama di Jakarta pada jam 4.15 pagi.
Fajar pagi pada jam 6.00
Selepas Menjuarai Pingat Emas Sukan SEA
Itulah tajuk yang dimuatkan. Sememangnya persembahan yang agak longlai semasa bertemu Syria dalam kelapayakan Olimpik. Sememangnya kita tidak perlu menuduh dan mengutuk mereka kerana mereka kelihatan telah memberikan persembahan yang agak maksimum untuk mempertahankan pingat Emas Sukan SEA.
Kita berikan mereka masa yang lebih kerana usia yang masih muda dan mereka mempunyai beberapa tahun lagi sebelum dapat mengambil alih pasukan senior negara. Moga kita tidak mengulangi kesilapan dengan memberi sesuatu yang lebih untuk menjadikan mereka manja, seperti apa yang kita lakukan selepas pasukan negara menjuarai Piala AFF dulu.
CATATAN DARI SEA GAMES 2011
Hanya hari ini berkesempatan untuk menghantar posting dari Jakabaring, Palembang. Walaupun Sukan SEA berjalan dengan baik, tetapi rata-rata nampak fasilitinya tidak siap sepenuhnya. Kecuali gelanggang-gelangang pertandingan, kawasan sekitarnya kelihatan jauh dari cukup bersedia. Walau apa pun pihak tuan rumah telah bersungguh untuk membuatkan kehadiran tetamu warga sukan rasa selesa. Ini pada pandangan saya.
Saya tidak dapat melawat semua venue memandangkan tugas di lapangan besbol dan sofbol, tetapi secsra rambang semasa menaiki shuttle mengelilingi kawasan Gelora Sriwijaya, fasilitinya sungguh hebat. Itu pandangan luaran sahaja. Saya cuba masuk ke dalam Pusat Akuatik pada masa pertandingan tetapi malangnya, penonton telah membanjiri keseluruhan kawasan hingga terpaksa berdiri di ruang laluan masuk.
Kompleks ini boleh dikatakan serba lengkap dengan kemudahan stadium utama, stadium untuk acara olahraga termasuk trek latihannya. Di dalamnya juga terdapat lapang sasar menembak, pusat sukan air, sports climbing, gelanggang bola tampar pantai, gelanggang petanque. Disamping itu, sebuah perkampungan atlet disediakan di dalam kawasan Jakabaring Sports City ini.
Kawasannya memang luas dan jika hendak dibandingkan dengan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, sememangnya bukan tandingan. Pastinya untuk bergerak dari pintu masuk utama, ke kawasan tumpuan fasiliti sukan, perlu menggunakan kenderaan.
Kawalan keselamatan sememangnya nampak ketat di mana semua orang yang masuk diwajibkan melalui mesin pengimbas yang dikawal oleh Polis dan satu perkara yang dilihatvialah rokok tidak boleh dibawa masuk. Memang agak pelik juga peraturan ini. Walaupun rokok tidak dibenarkan bawa masuk, di merata-rata kawasan dalam kompleks ini, ada sahaja mereka yang merokok, tidsk ketinggalan pihak polis dan tentera sendiri yang bertugas di dalam. Satu lagi perkara ialah notis larangan merokok di tampal merata-rata tetapi rokok dijual di dalam kawasan kompleks. Jadi sejauh manakah penguatkuasaan larangan merokok dikuatkuasakan di dalam kawasan ini.
Kepada souvenir hunter pula saya tidsk nampak banyak souvenir dijual kecuali baju T yang bermacam-macam design. Saya pun tidsk pasti mana satukan souvenir yang original. Baju T di jual di beberapa lokasi di sekitar kompleks Jakabaring Sports City dan disediakan juga sebuah Food Court and Souvenir Centre berhampiran pintu masuk utama. Di luar kawasan kompleks juga terdapat peniags kecil menjual baju T dan kehadiran mereka juga menimbulkan suasana kemeriahan Sukan Dwi tahunan ini.
Published with Blogger-droid v2.0.1
HAYATI KEHEBATAN ALLAH PENCIPTA ALAM INI
26th SEA Games – Malaysia 2 Thailand 1
Malaysian football team doused critics of their fans what was hurled at them after a goalless draw with Singapore during their opening match at Gelora Bung Karno in Jakarta. They levelled up their effort to beat 8 times Sea Games Gold Medalist Thailand at the same venue and their next hurdle will be Indonesia.
Malaysia beat rival Thailand 2 – 1. Both goals from Badrol Bakhtiar and Izzaq Faris Ramlan.
Lets hope their winning ambition still fly high for the remaining games to show that 2009 Gold Medal and AFF Suzuki Cup 2010 is not just luck.
Al Fatihah kepada Allahyarham Harun Osman

Sedang dalam perjalanan balik selepas menghantar anak untuk dinner sekolahnya, mendapat panggilan dari isteriku yang memberitahu bahawa seorang rakan dan bekas jiran meninggal. Di sebelah ialah gambar allahyarham yang aku petik dari laman Facebook Allahyarham yang dijadikan gambar profilnya.
Baru sehari sebelum lihat gambar-gambar yang telah dipost dalam Facebook dari Palembang. Di dalam foto itu trrdapat wajah Allahyarhan dan terdetik di dalam hati, bila aku sampai di Palembang nanti, dapatlah berjumpa dengan beliau. Namun Allah ada perancanganNya dan arwah telah dipanggil kembali menghadapNya.
Berikut antara beberapa kenangan Allahyarham yang terakhir semasa sama-sama berkhidmat dengan rakan-rakan dalam kontingen Malaysia ke Sukan SEA ke 26 di Palembang, Indonesia.

Aku mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga roh Allahyarham Harun bin Osman dihimpunkan bersama-sama dengan orang-orang beriman. Allahyarham bukan sekadar jiran di Vista MSN tetapi adalah juga bekas schoolmate dari sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Aku hanya mengetahui Allahyarham adalah dalam satu sekolah melalui laman Facebook. Cuma Allahyarham adalah junior.

Atas gambar keluarga Allahyarham yang mungkin perjumpaan terakhir dengan mereka yang saya petik dari laman Facebook Allahyarham.
AL FATIHAH KEPADA ALAHYARHAM
Published with Blogger-droid v2.0.1
UPDATE
Update ini adalah berdasarkan posting yang dimuatnaik oleh Miela Ismail dalam Institut Sukan Negara
PALEMBANG – Seorang pegawai kontinjen negara maut selepas diserang sakit jantung ketika menunggu ketibaan atlet negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang semalam.
Harun Osman yang bertugas sebagai pembantu kepada ketua kontinjen negara, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali tiba-tiba rebah sewaktu menguruskan kemasukan atlet pada pukul 5 petang waktu Palembang (6 petang waktu Malaysia).
Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).
Insiden itu mengejutkan seluruh kontinjen negara terutama skuad menembak dan sepak takraw negara yang baru tiba beberapa jam sebelum itu.
Syed Mustaffa ketika dihubungi melahirkan rasa sedih dengan kejadian yang tidak dijangka itu kerana Harun kelihatan sihat dan ceria sepanjang berada di Palembang ini.
“Dia seorang yang komited dalam menguruskan ketibaan atlet kita ke Palembang dan kematiannya merupakan satu kehilangan buat kontinjen negara yang sedang sibuk melakukan persiapan terakhir di sini,” katanya.
Sehingga ini, katanya, jenazah Harun telah ditempatkan di hospital berkenaan selepas doktor menjalankan bedah siasat ke atas mayatnya.
“Kita menjangkakan jenazah beliau dapat dibawa pulang ke Malaysia esok (hari ini) dengan segala usaha sedang dilakukan untuk melancarkan urusan tersebut,” tambah Syed Mustaffa.
SABAH VISIT–STOP OVER KUNDASANG MEMORIAL PARK
This trip was done in February 2011 when was on my family’s trip to Sabah.
Our journey to Ranau gives me the opportunity to stop at the Kundasang War Memorial Park that is dedicated to
This is not my first visit though but I can see the changes since my first visit to this memorial in the 70s while I was serving in Kota Marudu and travel to Ranau or Sandakan.
Kundasang is popular with her vegetable product and almost everybody who travel on this route will make a stop at Kundasang to buy fresh vegtable to take home.
As in most public places visitors has to be reminded on ethics and here are some placed within the Garden to remind visitors.
The garden has been segmented and dedicated to the various parties involved in the memorial.
The administration area. Here video clips and memorable photos is being displayed for visitors.
View from the Garden