JEJAK PERTAMA DI INDONESIA

Ia merupakan perjalanan aku yang pertama ke Indonesia. Sememangnya rezeki yang diberikan Allah selepas aku bersara dari perkhidmatan dengan kerajaan. Aku diberikan tugas untuk menjadi salah seorang koordinator untuk sistem keputusan di SEA Games edisi ke 26 di Palembang. 

Inilah SEA Games pertama aku terlibat secara langsung. 

Ini kali pertama aku menjejaki kaki di bumi Indonesia.

Ini kali pertama aku melintasi Garisan Khatulistiwa. 

Ini kali pertama aku menaiki pesawat Garuda.

Ini kali pertama aku menaiki pesawat Lion air. 

Perjalanan aku ke Indonesia ialah pada 11 – 11 – 2011. Penerbangan Garuda Airlines dari KLIA ke Sukarno Hatta International Airport, Jakarta (SHIA). Untuk keselamatan anda, sila pasangkan sabuk pengaman.

IMG_9795

Dari SHIA menaiki taksi Bluebird ke tempat penginapan di Take’s Mansion, Jalan Tmn. Kebun Sirih I, Jakarta. Adalah dinasihatkan kepada pelancung untuk mengambil Teksi Bluebird kerana perkhidmatan yang lebih reliable dan cemerlang mereka dengan pemandu yang jujur. Salah seorang ahli rombongan kami yang datang lebih awal, telah tertinggal telefon bimbit di dalam teksi dan pemandu teksi itu telah mengembalikan semula telefon bimbit itu. Itu satu kejujuran pekerja perkhidmatan teksi tersebut. 

Tanah Abang-20111112-00512

Take’s Mansion (Atas), terletak tidak jauh dari Tugu Monas (Bawah)

IMG_9808

Selepas pergi meninjau di HQ Indosat tempat terletak pusat kawalan ICT SEA Games. Indosat adalah merupakan penaga telekomunkasi resmi SEA Games 2011. Di Indosat, aku telah setup Blackberry dan juga membeli kad Sim Broadband IM3 Mentari untuk Samsung Tab aku.

Selepas itu pergi ke Sakinah Mall di Jalan Muhammad Husni Thamrin untuk membeli adaptor kerana punca eletrik adalah seperti ini.

Tanah Abang-20111112-00517

Sudah sampai Sakinah Mall terpaksa beli stokin kerana bawa sepasang saja. Nasib baik dapat stokin yang ada diskon 50%. Jadi bolehlah beli stokin yang berharga Rp36,000. Selepas itu makan di

View albumView albumView albumView albumView album

Dinner malam itu ialah Nasi Uduk ayam. Macam Nasi Lemaklah di Malaysia tetapi presentationnnya agak menarik dan kemas.

Memandangkan masa tidak mengizinkan, aku tidak sempat melawat Jakarta. Hari keesokannya akan berlepas pula ke Palembang untuk memulakan tugas di SEA Games selepas menikmati fajar buat kali pertama di Jakarta pada jam 4.15 pagi.

Tanah Abang-20111112-00513

Fajar pagi pada jam 6.00

Advertisements

3 Comments Add yours

  1. Julia Mahir says:

    my first time to Indonesia was my Medan trip last November too! hehe.Nak ke Jakarta jugak. insyaAllah suatu hari nnt 😀

  2. cikgu says:

    TQ Julia kerana visit this blog.

  3. JHaZKiTaRo says:

    salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s