Jutawan Copy&Paste

Hari ini menyertai satu lagi Affiliate Business seperti ini:

Copy& Paste Millionaire ini memaparkan pengalaman tiga orang yang berjaya menjana pendapatan yang tinggi dan anda boleh berkongsi tips-tips dari mereka. Ketiga-tiga icon tersebut ialah Datuk Dr. Maznah Hamid, Dr. Irfan Bakti dan Abang Abu.
Dapatkan eBook ini dan perolehi Rahsia Sulit mereka. 
 

Jalan Jalan Di Kuala Lumpur

Hari itu saudaraku dari Sabah datang kerana menghadiri konvo anaknya. So masa dia orang free, bawa pergi jalan-jalan. Nak shopping oleh-oleh untuk bawa balik ke Sabah.
Memang jangan sangat drive masuk KL. Selalunya naik LRT sahaja kerana selesa, cepat dan murah. Tapi hari itu drive sebab cuti umum yang panjang dengan harapan ramai warga KL balik kampung atau bercuti kerana cuti 5 hari sempena hujung minggu, Maulid ur Rasul dan juga Thaipusam. Memang jalanraya tidak sibuk macam hari-hari biasa. Tenang sahaja.
Destinasi pertama ialah pusat jualan borong yang baru dibuka di Jalan Kenanga. Kompleks itu dinamakan Kenanga Wholesale City. Letaknya bersebelahan dengan kawasan jualan borong di Jalan Kenanga. Mungkin dengan bukanya kompleks ini yang lebih selesa, kedai-kedai jualan borong di sekitar Jalan Kenanga akan terjejas atau mungkin hilang terus dari peta.
Kompleks Kenanga Wholesale City itu 15 tingkat barangkali berdasarkan pada butang lif tetapi hanya 8 tingkat sahaja dijadikan kedai jualan borong dan runcit. Ini bermakna pengguna boleh datang ke sini untuk membeli pakaian, dan aksesori (kebanyakannya untuk wanita) sama ada secara borong mahupun secara runcit. Ada kedai yang hanya jual borong dan ada juga yang jual borong dan runcit.
Buat sementara ini (entah sampai bila) parking adalah percuma. Bila masuk, tersilap masuk laluan untuk ke atas. Nah, ambik kena drive naik hingga tingkat 8 untuk parking. Ada dua ruang untuk parking, iaitu lower ground dan tingkat 8-10.
DSCF9172
Semasa berada di sebuah kedai, ada seorang lelaki asyik memerhati aku dan menunjukkan riak muka yang macam dia kenal aku. Dalam hati tertanya-tanya juga, adakah orang itu salah seorang bekas peserta kursus yang aku anjurkan. Sememangnya aku tidak mengenali semua bekas peserta kursus kerana setiap tahun hampir 30 kursus aku kelolakan dan mengajar di seluruh negara.
Lelaki itu kemudian keluar dan menyebut namaku. Aku jawab ya, dan dia kata yang dia rakan Facebook aku. Dia cam wajah aku dan apabila nampak wajah isteriku baru dia dapat mengesahkannya. Sememangnya kami meletakkan gambar sendiri di Facebook. Memang terkejut dan tidak diduga dapat bertemu dengan friend facebook.
Selepas dari Kompleks Kenanga Wholesale City, kami pergi pula untuk makan malam di Kampung Baru. Bawa mereka ke.
DSCF9199
Western Food di situ. Sekali sekala ubah selera. Kalau setakat makan nasi biasa di tempat mereka pun boleh. Sekali sekala layan tetamu biarlah sesuatu yang istemewa sikit.
Selesai makan bawa pula mereka untuk melihat KLCC dari dekat sebelum ke KL tower. Lepas tu pusing tengok Bangsar dan balik semula ke Bukit Jalil melalui Little India, Brickfields.
KLCC (0)KLCC (1)KLCC (2)KLCC (3)KLCC (4)
Pelawat ke Kuala Lumpur juga boleh dapatkan info tempat-tempat sekitarnya dengan merujuk pada laman AGODA untuk senarai lain-lain mercutanda yang sesuai untuk dilawati.

PERANAN PENYOKONG

Satu-satunya pasukan boleaspek yang saya sokong ialah Sang Kenari, Kedah Daul Aman. Kalah atau menang sokongan saya tetap pada pasukan negeri tempat lahir saya. Ramai yang menyokong pasukan-pasukan dari Liga Inggeris, Liga Perancis atau mana-mana liga di Eropah, tetapi bagi aku tidak ada satu pun pasukan dari luar negara yang aku minati. Mungkin kerana falsafah hidupku yang selalu aku hebahkan semasa memberi ceramah dalam Kursus Sains Sukan di mana sahaja dianjurkan. Walau di mana bumi di pijak, negeri sendiri tetap menjadi sanjungan. Atas faslafah itulah aku tetap bersama dengan Sang Kenari. 

Gambar hiasan diambil dari laman Facebook 
Terbaca dalam Facebook yang dipost oleh  Oun AzrúlPENYOKONG SETIA HIJAU KUNING pada 2 Februari maklumat di bawah;

ULTRAS BOIKOT DARUL AMAN

Prestasi skuad Kenari yang mengecewakan sejak sepak mula Liga Super 2012 mengakibatkan penyokong Ultras Kedah mengambil keputusan drastik dengan memboikot semua perlawanan membabitkan pasukan Hijau Kuning yang berlangsung di Stadium Darul Aman.


Jurucakap Ultras Kedah berkata, keputusan memboikot semua perlawanan yang diadakan di negeri itu selepas kecewa dengan kelemahan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk membentuk pasukan mantap bagi saingan Liga Super 2012.


“Kami bukan memberi tekanan kepada pemain kerana kami terus komited memberi sokongan kepada mereka sebaliknya usaha boikot ini ditujukan kepada pengurusan bola sepak negeri.


“Namun, kami akan berkunjung ke stadium lain membabitkan perlawanan skuad Kenari dan langkah ini sebagai tanda kami memprotes tindakan acuh tidak acuh pengurusan dalam menyediakan pasukan bola sepak yang mantap,” katanya dalam kenyataan akhbar di Alor Setar, Kedah, semalam.


Beliau berkata, tindakan itu bermula pada perlawanan Kedah menentang Sabah pada 11 Februari ini di Alor Setar.


Menurutnya lagi, pada saingan Piala Malaysia yang lalu, mereka masih gagal membentuk sebuah pasukan yang mampu memberi saingan terhadap pasukan lain dan hebahan berhubung tindakan memboikot itu juga sudah dilakukan di laman rasmi Ultras Kedah 2009.


“Berdasarkan hebahan itu , seramai 1,555 orang ahli sebulat suara setuju dengan tindakan memboikot perlawanan yang diadakan di negeri ini.


“Kami tidak akan meninggalkan terus pasukan ini tetapi hanya menunggu di luar stadium selama 90 minit dan akan hadir memberi kata-kata semangat ketika sesi latihan,” katanya


Pada masa sama, Ultras Kedah menggesa keseluruhan berisan kepimpinan KFA termasuk presiden mengambil serius berhubung perjalanan pasukan bola sepak negeri ini.


Katanya, tindakan itu tidak akan menghalang orang ramai yang akan berkunjung ke stadium memberi sokongan sebaliknya Ultras Kedah hanya akan menarik balik keputusan Boikot itu selepas majoriti puas hati terhadap pengurusan termasuk menuntut astu tindakan proaktif diambil bagi mengembalikan kegemilangan pasukan.
Tindakan seperti di atas adalah kerana penyokong Hijau Kuning sayangkan pasukan dan seharusnya dapat membuka mata semua pihak yang terlibat. Semoga mesej mereka ini dapat difahami oleh pihak yang berkenaan. Jangan ada yang mengata bahawa dia bacul jika meninggalkan “tentera” yang sedang kalah dalam peperangan. Sebenarnya adalah lebih terhormat untuk tinggalkan tenteranya supaya dapat dipimpin oleh orang lain yang lebih berwibawa dan dapat menyelamatkan maruah “tentera-tenteranya” dari terus dicemuh. Tindakan Mohd Nizam Adha meletakkan jawatan sebagai “Pemangku Jurulatih” adalah satu sifat terpuji, kerana bijak mengambil keputusan sebelum dia dikutuk peminat.  Bagi saya, Nidzam janganlah berputus asa dengan kegagalannya dalam memimpin pasukan Kedah itu, tetapi anggaplah ia satu cabaran untuk terus meningkatkan diri dengan ilmu kejurulatihan. Mungkin Mohd Nizam Adha masih belum bersedia untuk menanggung beban dan cabaran yang diberikan kepadanya. 

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: