List Of Firsts on Thirty First March 2012

It is not an everyday thing that you do can be rated as a first in your life. However I had this rare opportunity of creating a list of firsts today

First flight from Subang Skypark, Subang after its rebranding and all inbound and outbound flights moved to KLIA.
First touchdown at Sultan Ismail International Airport was upgraded.
First visit to Iskandar Malaysia
First “hands-on” experience visiting a site that is in its growth phase and as the first Legoland theme-park in Asia.
First time meeting two well established travel blogger who writes PlacesAndFoods and Malaysia-Asia who I’ve been following their blogs.
First visit to Johor Premium Outlet

Thanks to Azrin and Hans of Millenium Associates helping me build this list.

Adui! Laman web FAM Kena Godam!

Saya terbaca posting Man Olimpik dalam Facebook lalu membuka laman web tersebut. Merah menyala latar belakangnya menandakan marah benar hacker itu. Saya no komenlah. Itu hak masing-masing. But susahlah sikit nak rujuk pasal Liga Bolasepak yang berlangsung sekarang ni.

Baru sahaja saya buat posting pasal penglibatan Keluarga Di Raja di dalam Kepimpinan Sukan Negara, tup-tup disambut pula dengan mesej amarah peminat sukan negara, khususnya bolasepak.  Namun ayat last ni mungkin menarik perhatian :
Kritik pun kene gantung, komen pun dosa besar, tegur pun kene amaran. Anda telah membuktikan bahawa ANDA MEMANG PEMUSNAH BOLASEPAK MALAYSIA. Tahniah…

Yang lain-lain tu bacalah kat laman FAM tu.

Mesej (keras) yang hendak disampaikan oleh hacker(s) tersebut ialah

Hacker tersebut membahasakan diri sebagai Rakyat Marhaen meluahkan :

Tuanku,
Sudah-sudah lah pegang tapuk FAM tu. Dah 28 tahun dah. Tak cukup kaya lagi ke? Rasanya dah byk dah sponsorship masuk FAM tu.  Bolasepak bukan makin naik, makin merudum ada la. Pepatah Melayu ada mengatakan ” Bapak Borek, anak Rintik”. Sorang pegang bola, sorang pegang hoki. Result? dua-dua lingkup!!! 
Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!!  Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!! Kami dah fedup!!!
Siapa yang buat kesalahan besar sekarang ni kalau bukan Tuan Presiden sendiri. 

Penglibatan Keluarga Di Raja Dalam Sukan Negara

Apabila membincangkan sejarah perkembangan sukan di Malaysia, kuliah Kursus Sains Sukan SPKK telah membahagikannya kepada empat Era iaitu

  • Zaman Sukan Tradisi
  • Era Pra Merdeka
  • Era Selepas Merdeka
  • Era Modern
Pada Era selepas Kemerdekaan, dinyatakan bahawa perkembangan sukan di Malaysia mula mendapat perhatian ahli-ahli politik di mana pada masa itu beberapa orang Ahli Politik mula menjadi pemimpin dalam Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan. Antara mereka yang melibatkan diri termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, Allahyarham Tun Ghazali Shafie dan sebagainya. Banyak juga kemajuan dan perkembangan yang telah mereka bawa dalam membangunkan sukan negara dan nama negara mula mendapat tempat di peringkat antarabangsa melalui penglibatan dalam sukan-sukan di peringkat tersebut. 
Kini dalan Era Moden sukan di Malaysia, kita lihat pula kesinambungan kepada penglibatan ahli politik berterusan tetapi satu perkembangan baru berlaku iaitu dengan penglibatan keluarga Di Raya pula. Antara mereka yang terlibat secara langsung ialah DYMM Tengku Ahmad Shah, DYMM Tengku Abdullah, DYMM Raja Tan Sri Mohar, DYMM, Raja Nazrin Shah dan terkini DYAM Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Idris pula dikatakan berminat untuk menyertai KOM. Tidak juga dilupakan Tan Sri Tengku Imran yang memimpin Majlis Olimpik Malaysia. 
Sejauh manakah penglibatan ahli Di Raja akan dapat meneruskan kesinambungan pembangunan sukan di negara kita ke tahap yang lebih tinggi, sama-sama kita tunggu dan lihat. 
 

Destination Legoland Malaysia

This is a preamble to my future posting, if God Willing, about my visit to the soon to be opened Legoland Malaysia at Nusajaya, Johor. The new tourism landmark will be the first such attraction in Asia and sixth in the world. It is expected to be open end 2012. Legoland is owned and operated by a British Theme Park Company Merlin Entertainment. 
Merlin Entertainment operates the theme park at other five locations namely;
Legoland Windsor (Windsor, England, United Kingdom)

I and many more bloggers, I presume, were invited by Millenium Associates on behalf of Legoland Malaysia to a site visit and witness the growing process and as a countdown to its launching in six months. We will be given an opportunity to witness the park come to life. However if you are anxious to get a sneak peek about Legoland click HERE and HERE for the Malaysian site

Jalan Melayu In Kuala Lumpur

It was a discovery by chance the one day the name of this road in Kuala Lumpur, Jalan Melayu. It was out of my knowledge that there one road in Kuala Lumpur named as such. This Fousquare map below shows the location. Or you can check on streetsdirectory.
I was on my way back from Padang Merbok to attend a sports function and took a short cut to the Mesjid Jamek LRT Station. It was then I saw the arch with the Jawi script showing prominently Jalan Melayu and the Romanise alphabets below. Hats off to DBKL (maybe) who erected the arch and using the Jawi script on it as this picture shows
At least what Hang Tuah had coined “Tak kan Melayu Hilang Di Dunia” will still stand in the midst of development of this metropolitan city. 
Off Jalan Melayu is a pedestrian mall that was part of the popular Jalan Mesjid India making way for stalls selling varieties of wares from souvenirs to clothings and traditional medicine. However nowadays its very difficult to hear someone say, “Let’s go to Jalan Melayu”, but will say, “Let’s go to Mesjid India”. Maybe Mesjid India and Jalan Mesjid India stands more prominently than Jalan Melayu. 

LO2012 Independent Unofficial Site

Ini merupakan laman wen tidak resmi untuk Olimpik London 2012 dan juga Paralympic 2012. Laman ini telah dilancarkan pada 25 November 2002. Walaupun ianya bukan laman resmi, namum pelawat boleh mendapat banyak maklumat tentang London dan juga London Olympics 2012.
URL untuk laman ini ialah  http://www.londonolympics2012.com/
Tak pasti sama ada pembina laman ini berniat untuk menjual URL dan mendapat keuntungan darinya berdasarkan tarikh laman ini diujudkan.
Ini pula URL untuk laman resmi Olimpik 2012 http://www.london2012.com/

Yes4G Di Lebuhraya

Baru-baru ini Proton telah bekerjasama dengan YTL pengendali Yes 4G untuk dilengkapkan pada kereta  di negara ini dan Proton telah dipilih dalam projek ini. Iniasitif ini dinamakan sebagai  4G  Internet Car. dengan inisiatif ini semua kereta Proton yang dikeluarkan akan menjadi satu standard untuk memilikki keupayaan internet berkelajuan 4G yang akan menjadi komunikasi di jalanraya lebih mudah dan pantas.  

Walaupun model Proton yang dilengkapi kemudahan internet 4G ini belum dipasarkan dan menjalar di jalanraya Malaysia, saya telah mencubanya semasa dalam perjalanan pulang ke Alor Setar dari Kuala Lumpur semasa pameran Proton the Power of 1 diadakan di Bukit Jalil baru-baru ini. saya sendiri sudah mengalami kemudahan itu. Sememangnya saya sudah menggunakan Yes 4G sini sejak ia dilancarkan pada tahun 2010 lalu. Walaupun pada mulanya saya mendapati ianya lebih mahal berbanding dengan broadband lain tetapi apabila Yes melancarkan plan postpaid maka saya rasa ianya agak kompetitif. Semasa pameran Proton the Power of 1 saya beli pakej Super 98 dengan penggunaan data 6GB pada kelajuan 10x lebih pantas dari 3G. 
Berbalik kepada field test, saya telah menggunakan Huddle yang boleh disambungkan kepada 5 peralatan WiFi dengan kereta Proton Persona. Sepanjang laluan dari Bukit Lanjan, saya telah pasang huddle dan isteri saya menggunakan laptop untuk disambungkan ke internet. Anak saya pula menggunakan Samsung 10.1 Tablet. Sepanjang perjalanan di lebuhraya PLUS signalnya sememangnya kuat mencapai 5 bar dan lampu hijau pada huddle. 
Saya kemudian keluar untuk ikut jalan lama melalui exit Tanjung Malim sehinggalah masuk semula ke lebuhraya di Gopeng. Tujuannya nak jimatkan duit tol. Sepanjang jalan lama pun masih dapat signal Yes 4G tetapi kali ini berubah antara hijau dan jingga. Beberapa tempat tidak ada signal langsung mungkin kerana terkeluar dari kawasan liputan. Secara keseluruhannya internet 4G sememang boleh di akses sepanjang jalan  hingga ke Alor Setar, walaupun jika ikut jalan lama atau Route 1. 
Peta liputan Yes 4G termasuk sepanjang Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur. 

Jadi tak perlu tunggu sampai kereta pertama dijual untuk menikmati internet 4G dalam kereta anda sepanjang kawasan liputan. Jika anda sudah menjadi pelanggan Yes4G pun sudah dapat menikmati kemudahan tersebut. 

I Love KL @ Galeri Kuala Lumpur

Sudah banyak kali sampai sekitar Jalan Raja berhampiran Dataran Merdeka tetapi kali pertama berpeluang masuk dan tinjau apa ada di Galeri Kuala Lumpur. Galeri KL adalah satu-satunya tempat yang perlu dilawati jika ke Kuala Lumpur untuk mengetahui latar belakang sejarahnya.

Galeri Kuala Lumpur terletak di dalam sebuah bangunan peninggalan penjajah dan berusia 114 tahun betul-betul bersebelahan Dataran Merdeka. Ia merupakan sebahagian daripada Kumpulan ARCH dalam visi mereka untuk mempromosi warisan dan budaya negara. ARCH adalah merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam mempromosi cenderamata dan barangan koleksi yang diperbuat daripada papan veneer. Produk mereka berupa arca-arca dan model bangunan-bangunan dalam bentuk 2 dimensi dan juga 3 dimensi. Galeri Kuala Lumpur menempatkan dua bahagian iaitu sejarah Kuala Lumpur dan galeri pameran produk cenderamata ARCH. Pengunjung juga boleh melihat sendiri pekerja ARCH membina arca-arca dari kayu itu.

Pada ruangan Memories Kuala Lumpur, pengunjung dipersembahkan dengan foto-foto lama bagaimana Kuala Lumpur dibangunkan sejak Yap Ah Loy tiba pada tahun 1868.

Di kawasan Galeri ARCH, pengunjung boleh membeli cenderamata yang dihasilkan mereka sebagai kenangan. Disamping itu terdapat juga lain-lain cenderamata yang berupa buku-buku yang berkaitan sejarah dan juga baju T.
Galeri ini dibuka resmi oleh Datuk Bandar ketika itu iaitu:

Galeri ini dibuka pada masa seperti berikut

Alamat ARCH Collection
No. 27 Jalan Raja, Dataran Merdeka
50050 Kuala Lumpur Malaysia
Facebook: www.facebook/kualalumpurcitygallery
Laman web: klcitygallery.com

Datuk LCW Tidak Tewas Di All England

Datuk Lee Chong Wei tidak dapat mencapai matlamatnya untuk menjuarai All England untuk kali ketiga berturut-turut setelah terpaksa menarik diri dalam set kedua sewaktu perlawanan Akhir dengan Lin Dan. Beliau terpaksa mengambil tindakan itu disebabkan kecederaan bahu kanannya yang kelihatan bertampal dengan plaster penyokong. 
Saya mendapat tahu melalui tweeter bahawa Datuk Lee mengalami kecederaan dan fisio menasihatkan beliau untuk menarik diri tetapi semangat juangnya menyebabkan dia mengambil tindaan sebaliknya. 
Starpic
Walau pun Datuk LCW tewas saya saya para peminat dan penyokong beliau di negara ini tidak merungut marah kerana jika kita menonton siaran langsung jelas menunjukkan beliau berada dalam kesakitan dan terpaksa mendapatkan khidmat doktor kejohanan untuk memberi rawatan kepada bahunya.
Pada hemat saya keputusan Datuk LCW untuk bermain menentang Lin Dan menunjukkan sikap profesionalnya. Saya tidak pasti, tetapi mungkin beliau ingin terus bermain kerana hendak memenuhi tujuan para penyokong yang hadir di National Indoor Arena, Wembly untuk menyaksikan perlawanan kemuncak itu dari dua orang pemain badminton terhebat dunia pada masa kini. Sekiranya dari awal lagi beliau menarik diri, sudah pasti sebahagian besar penonton akan kecewa kerana tidak dapat menyaksikan perlawanan hebat itu. Sikapnya untuk muncul bermain dalam keadaan mengalami kecederaan wajar dipuji  walaupun tindakan itu ada kemungkinan boleh menjejaskan peluang negara mengapai pingat emas pertama di Olimpik di bumi yang sama pada tahun ini. 
Keputusannya untuk menghentikan perlawanan di set kedua apabila ketinggalan 6-2 adalah langkah bijak. Kita dapat melihat permainannya tidak dapat dikawal seperti biasa dan jika beliau meneruskan, kemungkinan besar ialah tidak dapat menewaskan Lin Dan malah lebih teruk lagi meningkatkan lagi kecederaan pada bahunya dan lebih malang jika tidak dapat sembuh sepenuhnya sebelum tibanya cabaran Olimpik. 
Mungkin Datuk LCW harus berehat untuk memulihkan kecederaan pada bahu nya dan jika mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan sebelum Olimpik hanya sekadar untuk mengekalkan kemahiran dan tahap kecergasan. Seorang juara tidak perlu menang dalam semua perlawanan tetapi memilih perlawanan mana dia hendak menang. Lin dan dan taufik Hidayat adalah contoh terbaik. 
UPDATE
KECEDERAAN yang dialami pemain badminton nombor satu dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berada pada tahap membimbangkan sehingga mampu menjejaskan persiapannya ke Sukan Olimpik London biarpun terpaksa menarik diri daripada meneruskan perlawanan akhir di Seluruh England, awal pagi semalam. Laporan ini dipetik dari SINI
footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: