Yes4G Di Lebuhraya

Baru-baru ini Proton telah bekerjasama dengan YTL pengendali Yes 4G untuk dilengkapkan pada kereta  di negara ini dan Proton telah dipilih dalam projek ini. Iniasitif ini dinamakan sebagai  4G  Internet Car. dengan inisiatif ini semua kereta Proton yang dikeluarkan akan menjadi satu standard untuk memilikki keupayaan internet berkelajuan 4G yang akan menjadi komunikasi di jalanraya lebih mudah dan pantas.  

Walaupun model Proton yang dilengkapi kemudahan internet 4G ini belum dipasarkan dan menjalar di jalanraya Malaysia, saya telah mencubanya semasa dalam perjalanan pulang ke Alor Setar dari Kuala Lumpur semasa pameran Proton the Power of 1 diadakan di Bukit Jalil baru-baru ini. saya sendiri sudah mengalami kemudahan itu. Sememangnya saya sudah menggunakan Yes 4G sini sejak ia dilancarkan pada tahun 2010 lalu. Walaupun pada mulanya saya mendapati ianya lebih mahal berbanding dengan broadband lain tetapi apabila Yes melancarkan plan postpaid maka saya rasa ianya agak kompetitif. Semasa pameran Proton the Power of 1 saya beli pakej Super 98 dengan penggunaan data 6GB pada kelajuan 10x lebih pantas dari 3G. 
Berbalik kepada field test, saya telah menggunakan Huddle yang boleh disambungkan kepada 5 peralatan WiFi dengan kereta Proton Persona. Sepanjang laluan dari Bukit Lanjan, saya telah pasang huddle dan isteri saya menggunakan laptop untuk disambungkan ke internet. Anak saya pula menggunakan Samsung 10.1 Tablet. Sepanjang perjalanan di lebuhraya PLUS signalnya sememangnya kuat mencapai 5 bar dan lampu hijau pada huddle. 
Saya kemudian keluar untuk ikut jalan lama melalui exit Tanjung Malim sehinggalah masuk semula ke lebuhraya di Gopeng. Tujuannya nak jimatkan duit tol. Sepanjang jalan lama pun masih dapat signal Yes 4G tetapi kali ini berubah antara hijau dan jingga. Beberapa tempat tidak ada signal langsung mungkin kerana terkeluar dari kawasan liputan. Secara keseluruhannya internet 4G sememang boleh di akses sepanjang jalan  hingga ke Alor Setar, walaupun jika ikut jalan lama atau Route 1. 
Peta liputan Yes 4G termasuk sepanjang Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur. 

Jadi tak perlu tunggu sampai kereta pertama dijual untuk menikmati internet 4G dalam kereta anda sepanjang kawasan liputan. Jika anda sudah menjadi pelanggan Yes4G pun sudah dapat menikmati kemudahan tersebut. 

I Love KL @ Galeri Kuala Lumpur

Sudah banyak kali sampai sekitar Jalan Raja berhampiran Dataran Merdeka tetapi kali pertama berpeluang masuk dan tinjau apa ada di Galeri Kuala Lumpur. Galeri KL adalah satu-satunya tempat yang perlu dilawati jika ke Kuala Lumpur untuk mengetahui latar belakang sejarahnya.

Galeri Kuala Lumpur terletak di dalam sebuah bangunan peninggalan penjajah dan berusia 114 tahun betul-betul bersebelahan Dataran Merdeka. Ia merupakan sebahagian daripada Kumpulan ARCH dalam visi mereka untuk mempromosi warisan dan budaya negara. ARCH adalah merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam mempromosi cenderamata dan barangan koleksi yang diperbuat daripada papan veneer. Produk mereka berupa arca-arca dan model bangunan-bangunan dalam bentuk 2 dimensi dan juga 3 dimensi. Galeri Kuala Lumpur menempatkan dua bahagian iaitu sejarah Kuala Lumpur dan galeri pameran produk cenderamata ARCH. Pengunjung juga boleh melihat sendiri pekerja ARCH membina arca-arca dari kayu itu.

Pada ruangan Memories Kuala Lumpur, pengunjung dipersembahkan dengan foto-foto lama bagaimana Kuala Lumpur dibangunkan sejak Yap Ah Loy tiba pada tahun 1868.

Di kawasan Galeri ARCH, pengunjung boleh membeli cenderamata yang dihasilkan mereka sebagai kenangan. Disamping itu terdapat juga lain-lain cenderamata yang berupa buku-buku yang berkaitan sejarah dan juga baju T.
Galeri ini dibuka resmi oleh Datuk Bandar ketika itu iaitu:

Galeri ini dibuka pada masa seperti berikut

Alamat ARCH Collection
No. 27 Jalan Raja, Dataran Merdeka
50050 Kuala Lumpur Malaysia
Facebook: www.facebook/kualalumpurcitygallery
Laman web: klcitygallery.com

Datuk LCW Tidak Tewas Di All England

Datuk Lee Chong Wei tidak dapat mencapai matlamatnya untuk menjuarai All England untuk kali ketiga berturut-turut setelah terpaksa menarik diri dalam set kedua sewaktu perlawanan Akhir dengan Lin Dan. Beliau terpaksa mengambil tindakan itu disebabkan kecederaan bahu kanannya yang kelihatan bertampal dengan plaster penyokong. 
Saya mendapat tahu melalui tweeter bahawa Datuk Lee mengalami kecederaan dan fisio menasihatkan beliau untuk menarik diri tetapi semangat juangnya menyebabkan dia mengambil tindaan sebaliknya. 
Starpic
Walau pun Datuk LCW tewas saya saya para peminat dan penyokong beliau di negara ini tidak merungut marah kerana jika kita menonton siaran langsung jelas menunjukkan beliau berada dalam kesakitan dan terpaksa mendapatkan khidmat doktor kejohanan untuk memberi rawatan kepada bahunya.
Pada hemat saya keputusan Datuk LCW untuk bermain menentang Lin Dan menunjukkan sikap profesionalnya. Saya tidak pasti, tetapi mungkin beliau ingin terus bermain kerana hendak memenuhi tujuan para penyokong yang hadir di National Indoor Arena, Wembly untuk menyaksikan perlawanan kemuncak itu dari dua orang pemain badminton terhebat dunia pada masa kini. Sekiranya dari awal lagi beliau menarik diri, sudah pasti sebahagian besar penonton akan kecewa kerana tidak dapat menyaksikan perlawanan hebat itu. Sikapnya untuk muncul bermain dalam keadaan mengalami kecederaan wajar dipuji  walaupun tindakan itu ada kemungkinan boleh menjejaskan peluang negara mengapai pingat emas pertama di Olimpik di bumi yang sama pada tahun ini. 
Keputusannya untuk menghentikan perlawanan di set kedua apabila ketinggalan 6-2 adalah langkah bijak. Kita dapat melihat permainannya tidak dapat dikawal seperti biasa dan jika beliau meneruskan, kemungkinan besar ialah tidak dapat menewaskan Lin Dan malah lebih teruk lagi meningkatkan lagi kecederaan pada bahunya dan lebih malang jika tidak dapat sembuh sepenuhnya sebelum tibanya cabaran Olimpik. 
Mungkin Datuk LCW harus berehat untuk memulihkan kecederaan pada bahu nya dan jika mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan sebelum Olimpik hanya sekadar untuk mengekalkan kemahiran dan tahap kecergasan. Seorang juara tidak perlu menang dalam semua perlawanan tetapi memilih perlawanan mana dia hendak menang. Lin dan dan taufik Hidayat adalah contoh terbaik. 
UPDATE
KECEDERAAN yang dialami pemain badminton nombor satu dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berada pada tahap membimbangkan sehingga mampu menjejaskan persiapannya ke Sukan Olimpik London biarpun terpaksa menarik diri daripada meneruskan perlawanan akhir di Seluruh England, awal pagi semalam. Laporan ini dipetik dari SINI

Melabur Emas Dan Perak

Emas adalah merupakan logam yang amat bernilai dan menjadi simbol kekayaan seseorang, khususnya wanita. Sejak zaman dahulu lagi emas telah menjadi alat perhiasan utama dalam semua tamadun manusia. Hari ini emas dijadikan sandaran kepada nilai mata wang kerana emas tidak berisiko terhadap kejatuhan nilai.

Anda boleh jadikan emas sebagai pelaburan di samping wang ringgit dan dianggap lebih selamat. Bank-bank di negara kita juga kini sudah membolehkan orang ramai membuka akaun emas yang boleh dibeli mengikut harga emas di pasaran.

Terdapat ebook panduan untuk mereka yang ingin menjadi emas sebagai pelaburan. Salah satu darinya ialah seperti di bawah. Sila klik link ini Rahsia Pelaburan Emas dan Perak