Anugerah Astro Arena 2012

Image

Baru minggu saja selesai Anugerah Sukan Negara, atlet kebangsaan akan diraikan lagi dalam satu majlis anjuran Astro Arena pula. Majlis akan diadakan di Rennaisance Hotel, Jalan Ampang sebagai menghargai jasa dan komitmen atlet-atlet mengharumkan nama dan imej negara di persada antarabangsa.

Majlis akan diadakan pada 24 April 2012 dan diserikan oleh kehadiran YB Dato’ razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. 

Pengundian sudahpun dibuka dan para peminat boleh melawat ASTRO ARENA untuk mengundi. Pengundian akan ditutup pada 22 April 2012.  

Petang tadi pula aku terima undangan untuk ke majlis itu melalui email. Inilah kali pertama mendapat undangan untuk program oleh Astro. Terima kasih Astro Arena. 

Image

Anugerah Astro Arena 2012

Kita baharu sahaja selesai menyaksikan Anugerah Sukan Negara anjuran Majlis Sukan Negara dan kini satu lagi majlis seumpama yang dianjurkan pula oleh Astro Arena Saluran 801.Majlis Anugerah Astro Arena 2012 akan diadakan di The Rennaisance, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 24 April 2012 mulai jam 7.30 malam. Majlis akan diserikan oleh YB. Dato’ Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. 


Anugerah Astro Arena seperti juga Anugerah Sukan Negara adalah sebagi menghargai jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh para atlet kebangsaan kita dalam mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Senarai calon telah dikeluarkan untuk diundi oleh peminat sukan dan undian boleh dibuat sehingga 22 April 2012



Berikut adalah senarai calon mengikut kategori:

Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak), Bryan Nickson Lomas (Terjun), Adrian Ang (Bowling), Cheng Chu Sian (Memanah) dan Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki)
Atlit Wanita Pilihan Berpasukan
Pandelela Rinong (Terjun), Png Hui Chuen (Renang Berirama), Jacqueline Sijore (Bowling), Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal) dan Katrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama)
Atlit Muda Pilihan
Zulfadli Zulkifli (Badminton), Adiq Husaini Othman (Berbasikal), Aaliyah Yoong (Ski Air), Jupha Somnet (Berbasikal) dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor(Bola Sepak).
Kebangkitan Pilihan
Sam Chong (Snuker) dan Lee Hup Wei (Olahraga).
Jurulatih Pilihan
Yang Zhuliang (Terjun), Ong Kim Swee (Bola Sepak), Holloway Cheah (Bowling), John Beasley (Berbasikal) dan Lee Jae Hyung (Memanah)
Blog Sukan Pilihan
Haresh Deo(Foul), S S Dhaliwal ( Malaysian Sports), Christopher Raj (Jaiho Malaysia) dan Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)
Perlawanan Pilihan
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011), Lin Dan lwn Lee Chong Wei (Final Kejohanan Badminton Seluruh England 2011), Terengganu lwn Negeri Sembilan (Piala Malaysia 2011),Malaysia lwn Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014), Malaysia lwn Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012)
Undian boleh dilakukan di ASTRO ARENA
footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: