Frendz United FC

Baru-baru ini saya telah berada di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik untuk satu Bengkel Penyediaan Alat Bantuan Mengajar Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap II, anjuran Majlis Sukan Negara. Bengkel bertujuan untuk memurnikan kurikulum KPSK disamping mengadakan alat bantuan mengajar khususnya powerpoint presentation sebelum kursus dilancarkan dianggarkan tahun 2013. Tahun ini KPSK Tahap I sudahpun berjalan.
Sewaktu dalam perjalanan ke Cherengin Hills saya ternampak satu papan tanda Frendz United FC. Mmmm, hebat juga Janda Baik yang berada di  tengah-tengah hutan tropika banjaran Titiwangsa ada satu organisasi bolasepak sebegitu. Jika memakai FC di hujungnya bermakna bukan calang-calang tu. Semasa berbual dengan rakan-rakan, baru saya tahu sememangnya ada satu akademi bolasepak yang terurus dan dimilikki pula oleh individu. Jika ianya diujudkan dan diuruskan oleh FAM atau mana-mana persatuan bolasepak negeri ataupun oleh kerajaan, saya tidaklah hairan sangat. Tetapi ini dimilikki dan diuruskan oleh individu tanpa bantuan kewangan dari mana-mana pihak.
Selepas itu saya mendapat peluang untuk melawat akademi tersebut dengan seorang rakan yang juga bekas orang kuat bolasepak negara kita. Namun ketibaan kami agak kurang kena masanya kerana semua pemain berada di Shah Alam untuk menyertai satu perlawanan di sana. Kami hanya bertemu dengan pengawal dan syukur kerana kami dibenarkan masuk untuk melawat sekitar kawasan akademi. Walaupun hanya dapat meninjau di sekitara kawasan pun sudah dapat memberikan gambaran kepada kami akan tahap pengurusan akademi tersebut.
Saya mendapat tahu bahawa akademi itu diuruskan oleh seorang individu dari Singapura dengan kerjasama pula daripada seorang individu dari Kedah (bangga kerana orang negeriku juga terlibat). Pelajar akademi adalah terdiri daripada pemain bolasepak di bawah 14 tahun dan semuanya ditanggung oleh akademi termasuk persekolahan di Sekolah Menengah Saleha, sebuah sekolah swasta di Genting Hinghlands.
Akademi ini mempunyai kemudahan yang lengkap dan wajar dijadikan contoh atau benchmark untuk penubuhan akademi atau pusat latihan, bukan sahaja bolasepak tetapi sukan-sukan lain juga di Malaysia.
Lokasinya di kelilingin hutan tropika sememangnya amat sesuai sebagai venue latihan kerana udaranya yang bersih dan bekalan oksigen yang banyak yang dikeluarkan oleh tumbuhan disamping ianya menyerap pula karbon dikosida.
Kemudahan-kemudahan yang ada
  • Padang bolasepak untuk latuhan
  • Gelanggang aktiviti dan futsal berbumbung
  • Asrama untuk pelatih
  • Dewan makan
  • Gimnasium
  • Bilik Media
  • permainan indoor untuk rekreasi

Lihat gambar-gambar yang saya ambil sekitar kawasan akademi
 Ruang rehat untuk rekreasi
Bilik asrama

 Padang Bolasepak untuk latihan
 Bilik persalinan

Dewan latihan berbumbung
Baca selanjutnya Permata Janda Baik di Malaysian Sports Loose Cannon
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s