Harapan Emas Olimpik?

on

Sekali lagi Datuk Lee Chong Wei membuatkan seluruh peminat sukan negara diselubungi kebimbangan. Beliau cedera lagi semasa bermain untuk negara bagi kempen Piala Thomas yang sedang berlangsung di Wuhan, China. Beliau terpaksa menarik diri setelah mendahului Peter Gade dari Denmark dalam single pertama. Masalah yang sama seperti semasa bertarung untuk kejuaraan All England beberapa bulan lalu iaitu kecederaan.

Kali ini Datuk LCW cedera pada tendon kakinya pula.Mengikut laporan The Sun Daily kerana “torn ankle tendon” Apa yang membimbangkan ialah Olympic yang menyandarkan harapan kepada beliau untuk mengapai emas pertama hanya lebih kurang dua bulan sahaja lagi. Jika sembuhpun pasti tahap kecergasan beliau tidak kembali sepenuhnya.

Walaupun mengikut jurulatih, kecederaan itu tidak membimbangkan tetapi sekurang-kurangnya Datuk LCW kehilangan banyak masa berharga ke arah menuju sasaran utamanya- rakyat Malaysia pertama mengapai emas di Olimpik.

YB Menteri Belia san Sukan mengulas di sini.

Di jalanan ramai peminat sukan membuat komen bahawa Datuk LCW sepatutnya mengikut jejak juara-juara badminton yang lain yang memilih kejohanan untuk disertai. Ada pro and con dalam isu itu. Tetapi sebagai bekas jurulatih, saya berpendapat seorang juara perlu memilih kejohanan untuk disertai. Namun komen Rashid Sidek melalui Buletin Utama saya pun setuju juga. “Kalau beliau tidak mengambil bahagian dalam Piala Thomas, nanti orang akan cakap dia hanya mementingkan kejohanan individu pula….”

Satu lagi isu yang diperkatakan ialah mampukan Datuk LCW mendapat emas? Ramai yang agak skeptikal yang beliau akan menunaikannya. Kini ditambah dengan dua kecederaan yang pasti menarik konsentrasi beliau dari 100% tertumpu pada permainan. Saya selalu memberitahu peserta semasa memberi ceramah Kursus Sains Sukan bahawa “Kecederaan adalah permulaan kepada penamat karier seorang atlet”. Saya berpendapat sedemikian melihatkan kecederaan-kecederaan yang menyebabkan bintang-bintang kita ramai yang menurun prestasi selepas mengalami kecederaan.

Antara atlet kita yang merosot atau meninggalkan terus sukan kompetetif selepas mengalami kecederaan seperti Nasmizan Mohammad, Abdul Malik Tobias, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, antara beberapa nama.

Berbalik kepada Datuk LCW, sudah pasti BAM dan ISN perlu berkerja keras untuk mengembalikan tahap kecergasan beliau walaupun tidak 100% tetapi sekurang-kurangnya hampir ke situ. Pastinya kawan saya di ISN sdr. Roesdi mempunyai tanggungjawab yang lebih mencabar dan berat selepas ini.

Walau apa pun, kita janganlah mengharapkan kilauan emas pertama negara hanya pada Datuk LCW, kerana atlet negara lain yang layak ke London juga mengalas tanggungjawab yang sama ketika beraksi di sana.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s