Olimpik RIO 2016

Sukan Olimpik London 2012 masih belum dinyalakan obornya namun Rio yang akan menjadi hos pada tahun 2016 sudah membuat persediaan untuk menyambut tetamu yang terdiri daripada warga sukan kelak. 


Saya menjumpai gambar-gambar ini dalam sebuah BLOG dan rasanya elok untuk berkongsi dengan pelawat blog ini khususnya para ahli sukan agar ia menjadi satu dorongan atau motivasi untuk membuat persediaan yang secukupnya dan boleh pergi ke Rio sebagai atlet untuk terus menaikkan imej negara dalam bidang sukan. 

 “Solar City Tower”, dibina di atas Pulau Cotonduba akan menjadi simbol ucapan Selamat Datang ke Olimpik 2016 di Rio De Janeiro.

Menara air ini akan dapat dilihat oleh pereka yang datang ke Rio de Janeiro sama ada untuk Sukan Olimpik mahupun pelawat biasa. Ia boleh dilihat sama ada dari udara mahupun dari jalan laut.

Menara ini akan memerangkap tenaga solar dan tenaga ini akan digunakan untuk bekalan Babdaraya Olimpik dan sebahagian daripada Rio.

Air disedut dari laut ke atas puncak menari dan dilepaskan untuk mengujudkan keadaan seolah-olah air terjun. Air terjun ini pula akan memutarkan turbin yang menjana tenaga eletrik pada sebelah malam. Ia juga akan menngawal nyalaaan obor Olimpik.


Menara ini mengandungi sebuah ampitheater, auditorium, kafeteria dan butik. terdapat lif yang membawa pelawat ke ruang tinjau di puncak menara di mana mereka boleh menikmati pemandangan di darat dan juga laut. Menara ini juga dilengkapi dengan platform yang boleh dihulurkan untuk tujuan terjun bungee. 


Menara Solar ini akan menjadi mercu tanda untuk Olimpik 2016 di Rio De Janeiro.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: