Petang semalam berpeluang tengok Manchester City buat latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku ni bukannya peminat pasukan itu pun atau mana-mana pasukan bolasepak luar negara. Tak kiralah EL ke Serie A ke dan sebagainya. Pergi tengok dia orang berlatih pun sebab dapat pass masuk percuma.

Memang tak ramai pun yang datang. Mungkin kerana Manchester City bukanlah kelab popular di England seperti Manchester United, Chelsea, Arsenal dan sebagainya. Gambar di bawah yang diambil dalam mode Panorama menunjukkan suasana di dalam Stadium semasa sesi latihan tersebut.

Manchester City adalah dalam rangka lawatan Asian Tour 2012 mereka. Jika kita lihat program seperti ini merupakan satu perancangan mereka di luar musim. Kita lihat bagaimana pasukan sukan profesional luar negara berehat. Mereka melancung untuk menghilangkan kebosananan selepas selesai mengharungi satu musim perlawanan yang memenatkan. Namun di samping melancung mereka tetap mengekalkan tahap kecergasan dan mengumpul dana untuk menguruskan pasukan. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh kelab-kelab sukan kita. Tapi ,sanggupkah penonton datang menonton pasukan Malaysia atau mana-mana negeri berlatih walaupun diberikan percuma?