Rape Case Tarnishes SUKMA’s Success

on

I witness the Sukan Malaysia XVI Kuala Lumpur 2013 closing ceremony at NSC Mini Stadium in Bukit Jalil and the closing speech by Youth and Sports Minister, YB Khairy Jamaluddin did surprise the audience. Sukan Malaysia XVI proceeded smoothly and the efficiency of NSC’s Officer and personnel tasked to their respective duties should be commended. 

It was a black spot during the SUKMA and had been handed over to the police to take further action. YB KJ did not mention what happen but today I happen to read it on Facebook. The article (copied below)was in Bahasa Malaysia and I leave it as it is. 

Akibat Mengambil Minuman Keras..Atlit Negara , telah Di Rogol Oleh Rakan Sepasukan

KUALA LUMPUR – Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

“Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. – Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.

Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.

Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.

Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya secara bergilir-gilir bersama rakannya.

Dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

“Mangsa dipercayai telah minum minuman keras bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini,” kata sumber itu kepada Berita Harian semalam.

Berikutan itu, tiga atlet telah ditahan semalam untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s