MRT Malaysia sedang giat menyiapkan rangkaian keretapi ringan atau Light rail Transit untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, khususnya yang tinggal di Lembah Kelang dan sekitarnya. Ia merupakan tambahan kepada rangkaian LRT sedia ada yang dikendalikan oleh RapidKL.
Laman Facebook MRTMalaysia telah mengeluarkan imbasan beberapa stesen yang sedang dibina di beberapa lokasi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Memang nampak moden dan tidak pasti sama ada futuristik.
Berikut adalah contoh stesen bawah tanah berhadapan dengan Muzium Negara.
Sila ke lamanweb MRTMalaysia untuk melihat perkembangan semasa.