Saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak Malaysian Airlines System kerana mengambil sikap positif terhadap komen terbuka Chef Wan pasal Nasi Lemak yang dihidangkan di dalam penerbangannya. Baca SINI. Isu ini bermula apabila Chef wan yang dalam penerbangan ke Bangkok dan dalam penerbangan itu menu yang dihidangkan ialah Nasi Lemak. Seperti lazimnya Nasi Lemak pasti ada Telur Rebus, Sambal Ikan Bilis dan Hirisan mentimun. Namun dalam hidangan berkenaan cuma ada Telur rebus, Kacang Tanah Goreng dan Sambal Ikan bilis sahaja. Itulah yang menyebabkan Chef Wan cakap Nasi Lemak Telanjang itu.
Artikal-artikal berkaitan