Semua orang di seluruh dunia masih tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Flight MH370. Sudah masuk hari ke 22 dan masih belum ada apa-apa bukti yang menunjukkan ia terhempas. Walaupun satelit dan pasukan mencari dari udara menjumpai serpihan-serpihan bertaburan di Selatan Lautan Hindi, namun belu ada satu lagi cebisan itu dapat diambil untuk diperiksa dan buatkan pengesahan.
Sekiranya MH370 tidak dijumpai maka ia akan menjadi kehilangan pesawat yang paling misteri di era moden ini. Apa tidaknya dengan usaha daripada 26 buah negara menggunakan peralatan dan teknologi tercanggih ketika ini, masih belum dapat mengesannya.
Pada tahun 1937 Amelia Mary Earhart, seorang penulis dan merupakan menjadi pioneer penerbangan Amerika, telah hilang pada 2 Julai 1937. Beliau merupakan juruterbang wanita pertama yang terbang secara solo melintasi Lautan Atlantik. Dalam percubaan pertama beliau untuk terbang mengelilingi dunia pada tahun 1937 menggunakan Lockheed Model 10 Electra yang ditaja oleh Purdue, telah hilang di tengah-tengah Lautan Pasifik berhampiran Howland Island. Kehilangan beliau masih menjadi misteri hingga hari ini.
