Sekali-sekala tidak ada kemudahan asas. Hari ini di kawasan perumahan ini tidak ada bekalan letrik. Tidak tahu mengapa. Seluruh Blok kediaman terputus bekalan dan puncanya tidak diketahui lagi.
Terkejut dengan kehadiran pasukan Bomba dan pastinya yang pertama terlintas ialah kebakaran. Sebabnya bomba ni dah sinonim dengan kebakaran. Apabila melihat anggota bomba bergegas memasuki ke kawasan dalam bangunan tanpa peralatan memadam kebakaran maka perkata kedua terlintas mungkin ada ular besar dan merbahaya.
Semasa hendak turun didapati lif tidak berfungsi. Terpaksa turun tangga dari tingkat 6 ke Ground Floor. Baru tahu rupanya bekalan letrik terputus. Generator standby pula tidak hidup dan sebab itu pasukan Bomba dipanggil. Namun apa yang dapat dibuat oleh mereka kerana mungkin bukan dalam bidang kepakaran mereka. Akhirnya mereka pulang. Bekalan letrik masih terputus.
Lain rasanya kesunyian apabila tidak ada bekalan letrik. Yang kedengaran bunyi kenderaan sekali sekala. Yang kedengaran kicauan burung dan suara manusia dana sini. Terasa macam ada satu kedamaian pula tanpa bekalan letrik.
Posting ini pun dibuat dengan menggunakan saki baki bateri laptop yang akan habis sedikit masa lagi. Oh nak publishlah dulu sebelum kehabisan bateri, kemudian buat editing lagi.
Datang lagi lah ye…….
Bila tidak ada letrik ni terbayangkan pula mereka yang tinggal di kawan yang terpaksa berhadapan dengan catuan air di Selangor ini. Terbayangkan bagaimana sekiranya mereka terpaksa mengangkut air dari tingkat bawah untuk bawa naik ke tingkat atas. Ini bukannya kes angkut satu dua tin minuman ringan. Kena angkut guna tong yang pastinya berat. Dah tu berulang kali pula. Bayangkan dari tingkat bawah, bawa dua baldi air untuk naik tingkat 17 dan sebagainya.
Itulah antara cabaran hidup di kota dan di bangunan tinggi. Nampak mewah tetapi apabila Allah uji dengan menarik sementara kemudahan asas, Dia hendak mengingatkan kita. Wallahualam.