Air Kena Catu Kita Marah SYABAS atau Marah Allah?

on

Sekarang ni musim catu air di Selangor dan WP Kuala Lumpur. Er, Putrajaya kena juga ke? Pastinya yang mengaut untung ialah peniaga tong plastik, baldi dan botol. Pada masa ini juga harganya pun naik kan? Tahun depan beli tong plastik kena tambah lagi GST 6%.

Air adalah anugerah Allah kepada makhluknya. Air adalah antara penyelesai banyak masalah. Bukan sekadar untuk kegunaan domestik oleh manusia dan haiwan tetapi semua makhlukNya juga memerlukan air untuk hidup. Air boleh menyegarkan yang layu. Air boleh membersihkan kotoran. Air digunakan untuk merawat penyakit. Semua itu atas ehsan Allah kepada kita.

Apabila air kena catu mulalah kita semua merungut. Terus kita semua menuding jari kepada Kerajaan dan khususnya SYABAS jika di Selangor dan Kuala Lumpur atau mana-mana pihak berkuasa air di tempat-tempat berkenaan.

krisis air
Foto-foto iringan ini diambil dari internet dan bukan hak milik blogger ini.

So sekarang di Selangor dan Kuala Lumpur ini kita marah SYABAS dan kerajaan kerana air kena catu. Jadual catuan dikeluarkan tetapi kadang-kadang tidak mengikut jadual yang dikeluarkan.

Semasa krisis air 1998 dahulu di Selangor dan Kuala Lumpur, ada ciptaan baru yang muncul. antaranya ialah mencuci kereta tanpa menggunakan air. Kini belum dengar lagi perkara macam tu.

Mengapa sebenarnya air kena catu ni? Kemarau? Bukankah hujan turun lebat tiap petang. Takkan tak ada air lagi?

Memanglah hujan turun tetapi adakah ia turun di kawasan tadahan? Kalau pun di kawasan tadahan tentu mengambil masa untuk memenuhkan semula takungan di empangan kan? Kesan air kering musim kemarau tempoh hari agak teruk. Oleh itu bukan senang nak isi semula air dalam masa yang singkat jika kita tengok keadaan empangan sekarang.

Berkait air ni, ada tidak lama dahulu, sebuah penerbitan Arab saudi khawater.com membuat satu tinjauan pasal penggunan air, khususnya semasa mengambil wudhu. Rakaman-rakaman yang dibuat rata-rata menunjukkan individu berkenaan banyak membazir air semasa mengambil wudhu. Hasil rakaman dan pemerhatian pengacara tersebut menemubual mereka dan semua menjawab hendak mengambil wudhu dengan sempurna sebab itu buka paip sampai full blast. Kata penutup pengacara tersebut, “Nak ambil wudhu atau nak mandi?”  Jadi semasa senang kita banyak membazir air. Apabila tiba masa susah ini kita mula nak menyalahkan pihak yang mengurus air.

Mereka mengurus air yang diberikan oleh siapa? Tentunya air itu bukan di bawah kuasa manusia untuk menentukan cukup atau tidak. Kesan di empangan takungan adalah bukti manusia tidak berkuasa mengawal air itu. Manusia hanya boleh mengurus.

Sekarang Allah menarik balik sedikit kemudahan yang dianugerahkan kepada kita – air untuk menyedarkan kita betapa selama ini kita banyak membazir pemberiannya.

Pokoknya siapa yang kita salahkan? Kerajaan? SYABAS? atau Allah?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s