Hari ini pergi Pasar Pagi Seri Petaling. Pasar yang walaupun dikuasai oleh peniaga Cina, tetapi pelanggannya ada juga berbangsa Melayu, India dan sebagainya. Sama juga seperti pasar-pasar basah lain ianya untuk menjual barangan keperluan makanan seharian seperti ikan, ayam, sayur dan barang kelengkapan dapur termasuk pakaian.
Apa yang aku nak bangkitkan dalam post ini ialah pagi ini terkejut kerana adanya penjualan daging babi secara terbuka di laluan orang ramai yang menghubungi pasaraya The Store dan Pasar Pagi Seri Petaling tersebut. Selalunya di laluan itu ada makcik jual nasi lemak dan bertentangan dengannya promoter kad kredit sebuah bank. Tetapi hari ini terdapat trak peniaga daging berkenaan bertentang dengan makcik itu.
Bayangkan betapa tidak selesanya makcik itu yang seharian mencari rezeki untuk keluarga di zaman kesempitan sekarang. Kita yang hanya melintasi pun sudah tidak merasa selesa apatah lagi dia yang duduk hanya 2 meter sahaja dari peniaga tersebut.
Pasar Pagi Seri Petaling sebenarnya ada menyediakan kawaan khusus yang bertutup untuk penjual daging babi di bahagian dalam. Jelas peniaga bertrak tersebut tidak menghormati orang ramai dan juga peniaga barangan yang sama di dalam yang kena bayar sewa tapak.
Saya tengok makcik itu menutup perniagaannya awal tetapi tidak pasti sama ada barang dagangannya habis atu kerana tidak than dengan kehadiran peniaga daging babi itu.
Sewajarnya pihak DBKL membuat pemantauan dengan meletakkan Penguatkuasa di kawasan tersebut. Kehadiran Penguatkuasa bukan sahaja boleh memantau peniaga tanpa lesen tetapi juga mengawal lalulintas yang sesak disebabkan pemandu meletakkan kenderaan tidak mengikut peraturan dan menunggu dalam kereta.
ENGLISH VERSION
Went to Pasar Pagi Seri Petaling today. The market is dominated by Chinese merchants though, but customers are also Malay, Indian and so on. As with other daily wet markets it is common to sell daily necessities such as food fish, chicken, vegetables and kitchen equipment items including clothing.
I was shocked this morning to see a hawker truck selling pork in open beside the public walkway linking The Store Supermarket, Sri Petaling and the Seri Petaling Morning Market. Daily, beside the walkway there is a Malay aunty selling Nasi Lemak and on the other side promoters of a local bank promoting credit card. But today there there is this pork meat truck across the pathway in front of the Nasi Lemak seller.
Imagine how comfortable the aunty is, who on a daily basis seeking extra income to feed her family in times of hardship now. Walking across just create an unpleasant smell what more for her to be sitting barely 2 metres away.
Seri Petaling Morning Market do provide specific confined area to pork butchers on the inside. Obviously this roadside truck butcher does not respect the public and legal butcher inside selling the same same item who paid rental.
I saw the aunty close her business early but not sure if her merchandise was soldout or because of the presence of the butcher truck.
Naturally DBKL should monitor by assigning enforcement officers daily in the area. Their presence not only can monitor such malpractices but also help check congested traffic flow caused the drivers inconsiderate parking.