Setiap kali anda melihat sesuatu produk dipromosi dalam talian, pasti akan diikuti dengan beberapa testimonial. Biasanya testimonial ini dalam bentuk screen capture. Testimonial ini salah satu aspek penting dalam pemasaran tetapi sejauh manakah testomonial itu benar adalah dipertikaikan.
Saya sebagai pengguna telah membeli satu produk beberapa ketika dahulu. Jika berdasarkan testimonial produk itu adalah sesuatu yang ajaib dan boleh memberi kesan di luar jangkaan. Hanya beberapa hari sahaja dah nampak buktinya. Namun apabila mencuba untuk satu bulan, tidak ada apa-apa kesan sedikit pun. Jadi saya pun tidak meneruskan untuk bulan kedua dan ketiga. Namun kepada mereka yang terdesak pasti akan terus membeli kesan testomonial.
Mengapa saya tidak yakin dengan testimonial ialah kerana ia boleh dibuat-buat. Ajak saja beberapa rakan untuk cakap keberkesanan produk berkenaan. Berutus-utus dalam Whatsapps, Instagram atau lain-lain alikasi komunikasi. Kemudian buat print screen dan upload ke Facebook misalnya dan bakal pengguna yang terdesak akan membeli. Satu lagi sebab saya kurang yakin dengan ketulenan testimonial ialah dakwaan yang melampau-lampau tentang keberkesanan produk berkenaan.
Sebelum membeli sesuatu produk yang saya perlukan, saya biasanya cari dari sumber-sumber lain seperti posting blog atau pengeluar produk berkenaan kerana ia lebih meyakinkan berbanding testimoni dari screen capture yang bagi saya deceiving. Testimoni screen capture menunjukkan yang penjual produk itu terdesak hendak menjual produknya, Itu pandangan saya.