Kad Mesra Hilang Lagi

Rasanya kali kedua aku kehilangan kad Mesra Petronas. Sekali sedar bila nak isi petrol cari kad tidak ada. Cuba recall bila last isi petrol. Hanya dua stesen Petronas je yang selalu aku isi minyak, Satu di Puncak Jalil dan satu lagi di Lebuhraya Bukit Jalil atau Teknologi Park. Kalau hilang pun di salah satu dari dua tempat ini.

Kemungkinan besar ialah semasa isi minyak, bagi kad dan lupa hendak ambik balik. Kali pertama pun macam tu juga. Ia berlaku di Stesen Petronas di RnR Simpang Pulai masa dalam perjalanan balik ke Alor Setar.

Sebulan selepas itu aku terima SMS dari pihak kad Mesra mengucapkan terima kasih kerana aku claim mata ganjaran dengan mengisi petrol bernilai RM140 di Petronas Simpang Pulai. Banyak tu RM140. Tangki minyak kereta pun aku isi RM80 dah melimpah. So dah confirm yang kad aku itu dijumpai oleh seseorang yang memandu kenderaan ber CC besar sebab jumlah petrol yang dibelinya.

Kali ini aku terus call pihak Kad Mesra untuk memaklumkan kehilangan itu dan dengan mudah saja, aku di maklumkan kad sudah kena block. Begitu pantas tindakan mereka dan aku diminta memohon kad baru. Selepas sebulan buat permohonan untuk pindahkan mata ganjaran lama ke kad baru. Tak banyak songeh sangat.

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

25 thoughts on “Kad Mesra Hilang Lagi”

  1. KOL PUN NK AGKAT…6MNIT TGGU..TPI XPE AKU DH RECORD START KOL SMPAI 6MNIT TU..SIAP..TGGU LA APA NK JD PSNI..

  2. KAD MESRA TELAH HILANG TAK SAMPAI SEBULAN DI PAKAI,MOHON KAD MESRA BARU DENGAN KADAR YANG SEGERA.TK

    1. Hilang jugak. Dan ambil yg baru tp dia kata dah ada card register atas nom ic saya. Mcm mana ni ?

  3. Toll Free Line PETRONAS Mesralink 1300 22 8888 memang tak boleh pakai.. Telephonist semua sibuk. Dah cuba call 3 hari. Feel MAD and Sickening dengan perkhidmatan macam ini. Harap buat penambahbaikan secepat mungkin.

  4. dapat kad baru 7083815 51773 97463, tak dapat daftar, sebab kad lama masih aktif tapi tak dapat point.Bantuan diperlukan. TQVM

    1. Call kad mesra dan terangkan masalah tuan. Saya pernah kehilangan kad mesra dahulu dan apabila memohon kad baru, saya call pihak kad mesra untuk update membershi dan point pada kad lama dipindahkan ke kad baru.

  5. This is my first lost of mesra card, and I didn’t use the card for a long time.
    One day petrol pump cashier gave me a new mesra card to register. I thought I can register on line for a new card. But system shown my I. C has been used.
    I cannot register. What should I do.
    Below is my new email that I am using.
    My I. C 621215-01-XXXX

Leave a Reply to kalima Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s