CDM 25 Satu Krisis Sikap

Memang dah viral kat media sosial khususnya di Facebook pasal seorang pemandu wanita mengamuk sakan pada seorang lelaki tua yang secara tak sengaja terlanggar keretanya. Kejadian berlaku di Kuantan.

Video yang dirakam oleh seorang saksi telah tersebar di Facebook dan juga Twitter dan mendapat ribuan response yang memarahi dan kesal dengan sikap wanita muda itu. Ia juga menjadikan nombor keretanya CDM 25 viral.

Walaupun hanya menonton kejadian itu di media sosial, tetapi kita dapat membuat andaian tentang kesalahan wanita itu bukan kerana kemalangan tersebut iaitu siapa yang bersalah tetapi sikap wanita itu yang menjadi berang sehingga terjerit-jerit memarahi pemandu yang sudah berusia itu dan yang paling tidak boleh diterima ialah dia membawa steering lock dan mengugut lelaki tua itu sambil mengetuk bonet kereta lelaki itu. Nasib dia tidak memecahkan kereta, jika tidak tentu lebih teruk perempuan itu dimarahi orang ramai.

Pemandu wanita itu kemudian ditelanjangkan dimedia sosial tentang identitinya apabila pengamal media sosial mengelidah Facebook dan menjumpai profile peribadinya yang kemudiannya ditutup atau mungkin disable sebentar. Fanpage syatikat dia juga didedahkan termasuklah butir-butir tentang kenderaan beliau yang bernombor CDM 25 itu.

Selepas video itu tersebar, anak lelaki itu menghadirkan diri di laman media sosial menulis menyesali dengan apa yang dilakukan oleh wanita itu kepada bapanya.

Dalam kes perlanggaran kecil itu saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana tidak melihatnya berlaku tetapi apa yang saya nampak ialah adanya krisis sikap pada wanita itu. Wanita itu dihukum di media sosial kerana sikapanya itu.

Pertama sekali kerans kemalangan itu amat kecil sangat. Tidak ada sebab untuk beliau mengeluarkan steering lock dan mengugut pemandu tua itu kerana keselamatan dirinya bukan berada dalam keadaan terancam pun.

Beliau juga silap kerans terjerit-jerit macam dirasuk hanya dengan insiden kecil yang mungkin kos membaikinya hanya seratus dua atau kurang.

Wanita itu juga tidak ada hak untuk mengugut lelaki tua itu RM 2000 dan membangkitkan isu rasis.

Ianya berlaku ketika bulan puasa dan ia adalah bulan ujian kepada setiap umat Islam dan Allah ingin melihat kesabarannya berhadapan dengan dugaan-dugaan.

Jika wanita itu yakin rezekinya dari Allah, maka dia dapat bertenang kerana Allah boleh tarik balik rezekinya dalam berbagai bentuk dan cara. Mungkin juga dia boleh memaafkan lelaki tua itu di bulan baik ini dan tunjukkan sikap toleransi yang diajar oleh Islam. Sebaliknya dia menunjukkan keangkuhannya (kerana memandu sebuah kereta mahal?) dan kemampuannya memakai plat CDM 25 itu.

Susulan itu Digi pula menghubungi lelaki yang menjadi mangsa ugutan wanita muda yang selayakanya berstatus anak atau mungkin cucu, untuk membantu membaiki kenderaannya.

Digi Uncle

Bukan itu sahaja, Digi membuat tawaran membaiki kedua-dua kenderaan itu.

digi

Jika anda jadi pemilik #CDM25, adakah anda sanggup terima tawaran Digi?

Kehebatan pengamal media sosial tidah berhenti setakat menonton video viral di Youtube tetapi stalk sehingga ke rumah wanita itu.

cdm25 stalk

 

Berdasarkan foto itu adakah layak dia membuat tuntutan sebanyak RM2000?

Kepada pemandu di luar sana, banyak pengajaran yang kita boleh pelajari dari wanita muda yang selayak dipanggil anak (mungkin cucu) itu dan juga dari pelaki Cina itu. Tidak ada masalah rasis timbul di sini kerana setiap orang boleh membuat kesilapan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s