MH17- Al Fatihah dan Takziah

Dah 3 hari berlalu dan #MH17 masih lagi menjadi topik hangat diperbincangkan. Namun di Twitter, #HM17 sudah tidak berada di spot no 1 lagi tapi semasa post ini dibuat, masih lagi Top 10. Biasalah tu, apa-apa pun lama-lama akan sejuk juga. Sama juga dengan tragedi MH370 lalu. Walaupun kehilangan masih misteri, masyarakat semakin lupa tentangnya.

Post ni just nak ucapkan takziah kepada keluarga En Yakub Salam Sudin kerana kehilangan anaknya Azrina Yaakub salah seorang daripada 15 orang crew dalam penerbangan malang itu.

Semasa membaca nama pada senarai crew tak pasti lagi walaupun nama Azrina Yakub macam familiar tetapi apabila nampak satu posting dalam Facebook memaparkan gambarnya barulah perasan bahawa dia itu adalah bekas atlet MSS Kedah yang pernah aku latih pada tahun 1990 lalu. Masa itu aku ditugaskan untuk melatih dua orang atlet sebagai persiapan kontingen MSS Kedah ke Kejohanan MSSM di Kuantan, Pahang. Seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita masing-masing untuk acara Decathlon dan Heptathlon. Atlet wanita yang dipertanggungjawabkan kepada aku ketika itu ialah Allahyarhamah Azrina Yakub. Acara Decathlon dan Heptathlon ini bukan calang-calang atlet yang mampu tanggung. Hanya yang cekal dan berjiwa “besi” sahaja berupaya bertanding pada tahap maksimum menghabiskan kesemua acara dalam tempoh dua hari.

Azrina

Inilah foto yang mengesahkan Allahyarhamah adalah bekas Atlet Heptathlon Kedah (kanan) ke Kejohanan MSSM.

Pernah sekali terjumpa dengan Allahyarhamah semasa aku dalam satu penerbangan ke Kota Kinabalu sekitar hujung tahun 90an. Barulah aku tahu yang Allahyarhamah menjadi seorang pramugari dengan Malaysia Airlines. Terima kasih kerana beliau telah menghadiahkan beberapa tin Coke sebagai cenderamata semasa hendak turun dari pesawat.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Allahyarhamah pergi di Malam Jumaat, semasa bermusafir dan dalam ibadah (bertugas mencari rezeki halal) di bulan Ramadhan Al Mubarraq dan atas sebab aniaya manusia. Al Fatihah.

Juga Alfatihah kepada semua mangsa yang berugama Islam.

Author: zaharibb

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: