Mula tu ingatkan WiFi modem tu rosak sebab masa switch on ia tidak berfungi. Tiada apa-apa isyarat lampu yang menyala walaupun dah hampir semalaman charge. Masa charge tu elok saja. Lampu hijau maknanya dah full charge. Bila disconnect cable terus padam walapun suisnya pada posisi on.
Aduh, ingatkan nak kena bawa ke service centre semula untuk check. Baru beli lebih kurang sebulan dah rosak, berdetik ayat itu dalam hati. Maka kalutlah mencari resit pembelian sebab nak bawa ke service centre kena tunjukkan resit bukti pembelian. Maklum sajalah sekarang ni ramai orang boleh memilikki barang orang lain dan mengaku dia punya. Lebih-lebih lagi barangan sekecil WiFi Modem itu. Cari resit pun tak jumpa, entah ke mana terselit.
Tapi tak semena-mena nak give a last try menggunakan kabel yang dibekalkan bersama dengan modem itu. Selepas beberapa lama disconnect dan lega hati apabila baru lampu isyaratnya menyala. Maka terfikirlah tentu ia tidak charge sebab masa awal guna kabel lain.
Masalah ini berlaku pada aku bukan kali pertama. Gadget lain pun sama juga. Phone Samsung tak boleh charge guna kabel tertentu. Yang peliknya cable Blackberry boleh juga.
Jadi satu pengajaran yang aku dapat ialah gunakan kabel yang sesuai untuk charge gadget. Bukan semua kabel boleh digunakan secara gunasama. Adakah anda pernah mengalaminya?