Servis 5 Bintang Bas Cosmic Ekspress

Dah lama juga tidak naik bas ekspress tetapi baru-baru ini berpeluang menggunakan perkhidmatannya untuk ke Kuantan dari Jitra.

Bas ekspress sekarang jauh beza dari segi fizikalnya, apa lagi dengan adanya bas bertingkat atau ramai orang cakap bas dua tingkat. Dulu pada tahun 90an pernah naik bas ekspress dan bumbungnya bocor apabila hujan lebat. Pada tahun 70an bas ekspress masih banyak yang pakai aircond ori. Tingkap turun ke bawah jika tidak panas melekit dalam bas. Rating yang saya beri ini adalah berdasarkan real experience saya semasa perjalanan tersebut.

Hari itu naik bas Cosmic untuk ke Kuantan. Ia merupakan bas bertingkat berstatus Bas Eksekutif dengan muatan 38 orang penumpang. Memang cukup selesa kerana reclining seatnya yang luas. Pendek kata kalau ditambah dengan overhead compartment untuk beg-beg kecil, boleh dianggap sebagai aircraft on the road.

Setiap tempat duduk tepi tingkap disediakan pula power outlet dan penumpang boleh charge peralatan elektronik masing-masing dalam perjalanan.

cosmic (2) cosmic

Dari segi keselesaan aku boleh bagi 5 Bintang untuk bas Cosmic plate KDS 9999 ini.

Satu lagi ciri sebuah perkhidmatan yang baik ialah stafnya. Bagi aku pemandu basa yang aku naiki itu sungguh mesra dan friendly. Pernah juga dulu naik bas ekspress di mana pemandunya agar kasar dan minta berhenti hendak ke tandas pun dia merungut. Ini jenis pemandu bas yang kejar trip.

Bas Cosmic yang aku naiki itu juga memenuhi syarat SPAD dan kerajaan dari segi pelesenan. Semasa dalam perjalanan ke Kuantan itu ada pihak trafik membuat sekatan pemeriksaan berhampiran RnR Sungai Buloh. Aku nampak banyak bas yang ditahan untuk pemeriksaan masih tersadai di ruang letak kenderaan tetapi bas Cosmic yang aku naiki itu hanya berhenti tidak sampai 5 minit pun dan diarahakan oleh pihak polis trafik bergerak. Oleh kerana duduk di tingkat atas dan kerusi paling hadapan, aku nampak apa yang berlaku antara polik trafik dan pemandu ketika itu.

Tambang pun kira berbaloi jugalah di mana antara Jitra – Kuantan ialah RM 67.00 yang aku beli di Kompleks Shahab Perdana, Alor Setar. Tetapi dalam perjalanan balik tambangnya RM70.00. Tidak pasti mengapa ada perbezaan.

Apa-apa pun aku boleh bagi 4 Bintang pada perjalanan aku dengan bas Cosmic itu.

IMG_5777

Atas: senarai tambang baru bas ekspress yang diluluskan kerajaan. Bawah notis perjalanan Cosmic Ekspress dari Terminal Kuantan Sentral

20140911_063732

Author: atok zaha

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

4 thoughts on “Servis 5 Bintang Bas Cosmic Ekspress”

  1. Mlm ne sya naik bas cosmic dari alor star 11.45pmke hentian duta bas number BMT 3399. Sampai Taiping ada passenger nk buang air kecil bgi tahu pda bas driver..bas driver blh marah blk pda passenger tu..klu tk mahu berhenti pun ckp la bsik2 kita org melayu..setahu sya setakat ne cosmic its th bests services in northern regent .
    Apa pun sya faham mungkin driver penat..but he carrying image company cosmic..skrg ne plk sya dgr cerita ada sorang passenger tertingal d taiping.
    Masa d taiping bas driver pun tak double cek .sebelum bas terus kn drive to kl..

  2. Tak tepati masa pick up dan drop. 4 jam lambat drop. Tulis pkul 4.30am sampai ke destinasi tp pkul 8.30am baru sampai. Destinasi dari TBS ke Changlun. Tiket pukul 11pm. Jalan tak jem pun tp bnyak sgt tempat bas berhenti. Buang la ayat ekspress tu. Sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: