Nama Baru Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur

Tidak lama lagi ramai orang akan keliru buat sementara tentang nama-nama jalan di Bandaraya Kuala Lumpur. Ia berikutan DBKL mengambil keputusan untuk menukar nama beberapa jalan kepada nama-nama KDYMM Yang DiPertuan Agong. Datuk Bandar pun dah umum proses nak tukar tu.

Maka ramai juga mereka yang terlibat di jalan-jalan itu terpaksa menukar alamat mereka dan mengumumkan kepada kawan-kawan. Entiti perniagaan dan Jabatan Kerajaan termasuk pihak swasta pun akan turut terlibat apabila banyak yang mereka perlu tukar selain alamat. Alatulis yang berlambak pun nak kena tukar juga. Bukan setiap kali pun, tetapi semua itu melibatkan kos.

Memang elok pun mengabadikan KDYMM Yang DiPertuan Agong kepada nama-nama jalan atau Bangunan sebagai mengenangkan jasa dan junjung kasih rakyat kepada Baginda-Baginda.

Walaupun ianya langkah baik namun, ada juga kontranya. Mengapa tukar nama sedia ada yang mempunyai unsur-unsur sejarah dan nilai-nilai heritage. Itulah ramai yang mempertikai di media sosial. Tidak pastilah ada komen membantah di akhbar cetak sebab saya tak pernah baca akhbar cetak.

Nama jalan

Apa pun, saya ingin mencelah jugalah walaupun pihak DBKL dan kerajaan pasti tidak akan dengar rungutan rakyat. Mengapa tidak nama KDYMM Yang Dipertuan Agong tidak diabadikan di Lebuhraya kerana status lebuhraya lebih tinggi sebagai alat penghubung yang lebih luas berbanding jalanraya di sekitar Kuala Lumpur itu. Adalah lebih baik dari menggunakan akronim yang berbaur penjajah.

Apa Halnya Dengan Simkad Speakout?

Pagini dok baca pasal rungutan pembeli Simkad Speakout Wireless kat Facebook. Ramai yang sudah rasa macam terkena setelah membeli kadsim tersebut yang jika ikutkan dakwaan reseller boleh 1Gb data setiap hari. Maknanya satu bulan boleh dapat 30 Gb. Banyak tu dan boleh kira paling murahlah. Sedangkan yang termurah sebelum ini Umobile 20Gb berharga RM128 untuk tempoh sah 30 hari.

SpeakOut-Data-POSM

Ramai yang mendakwa kad tidak boleh diactivate selepas membeli, ada yang tidak tahu macam mana nak activate dan sebagainya.

Disamping itu harga jualan oleh reseller juga berbeza-beza. Harga di 7 Eleven (terpilih) dijual pada harga RM8.00 dengan RM5.00 kredit panggilan. Namun ada reseller jual dengan harga antara RM25.00 hingga RM100.00.

Jika jual pada harga RM25.00 masih boleh accept lah lagi walaupun tu dikira cukup mahal. Tetapi yang melampaunya ada yang jual sampai RM100.00.

Jadi ada sesiapa yang dah membeli dan rasa tertipu?

Tarikh Pembayaran Gaji 2015 Kakitangan Awam

Pastinya setiap kakitangan awam akan mengambil berat tentang tarikh pembayaran gaji bulanan atas sebabpsebab tertentu. Namun antara sebab utama ialah untuk membuat budgeting bulanan dan membuat pelbagai pinjaman yang dikenakan setiap bulan. Pastinya jadual ini boleh memberi sedikit bantuan untuk membuat perancangan awal. Maklumlah budget tahun hadapan kena buat tahun ini.

 JADUAL GAJI 2015

TARIKH PMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2015

MAKLUMAT UNTUK PESARA

Pesara Kerajaan pula boleh menyemak tarikh pembayaran pencen di Bahagian Pasca Perkhidmatan. Bagi memudahkan pesara menyemak tarikh pembayaran pencen boleh memuat turun aplikasi iPesara (iPhone). Walaupun untuk iPhone pengguna iPad juga boleh muatturun aplikasi ini tetapi setup nya untuk paparan di iPhone.

Caranya:

1. Masuk ke Apps Store dan buat carian “iPesara” dan Install

2. Selepas selesai Open aplikasi dan masukkan no MyKad dan No Akaun Pencen dan semak

Piala AFF Suzuki 2014 – Bagaimana Nasib Malaysia?

23 November 2014 pasukan bolasepak kebangsaan akan beraksi dalam perlawanan pertama mereka untuk Kumpulan B dalam kempen Piala AFF Suzuki 2014. Mereka akan bertemu Myanmar di Stadium Jalan Besar, Singapura.

KUMPULAN PIALA AFF SUZUKI 2014
KUMPULAN PIALA AFF SUZUKI 2014 – Kredit Foto Laman Resmi Piala AFF Suzuki 2014
SENARAI PEMAIN UNTUK PIALA AFF SUZUKI 2014
SENARAI PEMAIN UNTUK PIALA AFF SUZUKI 2014 – Kredit Foto Facebook FAM
AFF2
JADUAL PERTANDINGAN – Kredit grafik Lamanweb Resmi Piala AFF Suzuki 2014

22 orang pemain telah dikenalpasti oleh jurulatih Dolah Salleh untuk mengalas cabaran Malaysia. Persoalannya mampukah mereka membawa balik Piala tersebut ke Kuala Lumpur.

Dalam beberapa perlawanan persahabatan untuk menguji kesefahaman pasukan, belum ada yang mencapai kemenangan dan yang paling akhir tewas dengan Vietnam 3-1. Vietnam pula adalah salah sebuah pasukan yang akan bersama-sama merebut Piala AFF Suzuki tersebut.

Apa yang saya jangka nasib Dollah Salleh akan sama dengan bekas jurulatih kebangsaan sebelum ini. Semua jurulatih kebangsaan telah berjaya di peringkat negeri dengan meraih Piala-piala di peringkat kebangsaan dan kemudian dilantik sebagai jurulatih kebangsaan. Selepas Dolah Salleh saya jangka Zainal Abidin pula akan mengikuti jejak mereka jika beliau menjadi jurulatih kebangsaan selepas Dolah Salleh.

Hiburan Inflight MAS

Agak lama juga tidak menaiki MAS selepas bersara dari perkhidmatan. Namun rezeki masih ada dan tahun ini dah tiga kali berkesempatan terbang bersama syarikat penerbangan kebangaan Malaysia itu. Walau syarikat itu bermasalah dari segi mengalami kerugian dan kehilangan dua buah pesawatnya dalam satu tahun, ia masih lagi pembawa bendera negara merantau ke seluruh dunia. Kesan dari dua kemalangan tersebut diberitakan ramai sudah hilang keyakinan untuk terbang bersama MAS. Namun bagi aku hidup mati itu di tangan Allah, bukan di tangan pilot.

Aku masih ingan kali pertama aku naik MAS ialah semasa hendak terbang ke Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 1974 untuk mendaftar sebagai guru pelatih di Maktab Perguruan Gaya. Ketika itu dan selepasnya apabila sudah berkhidmat sebagai guru terlatih, naik kapalterbang adalah seperti naik bas. Setiap tahun naik kapalterbang untuk balik kampung ketika bercuti.

 

MAS with her original design and logo on her body
MAS with her original design and logo on her body

Selepas itu beberapa kali dalam setahun menaikinya semula apabila menjalankan tugas resmi semasa berkhidmata dengan sebuah Jabatan Kerajaan.

Apa yang hendak aku tulis dalam posting ini ialah bila mengetahui bahawa ada inflight entertinment dalam pesawatnya. Kali pertama dan kedua aku tidak mengetahui bahawa ada entertinment itu. Setiap kerusi dilengkapkan dengan monitor skrin sentuh dan penumpang boleh memilih bentuk entertainment yang di minati. Untuk kanak-kanak dan dewasa.  Mula-mula tu hanya tengok je paparan pada skrin bisu itu sebab tidak ada headphone dibekalkan.

Apa yang aku nampak ada di hadapan ialah satu port USB. Ini bermakna penumpang boleh charge gajet mudahalih mereka dalam penerbangan. Dulu masa naik Malindo air memang ada port USB dan headphone jack. Jadi bolehlah bawa earphone/headphone sendiri.

Semasa menaiki pesawat kali ketiga baru aku dapat tahu bahawa ada juga ear/headphone jack pada tempat alas tangan. Aku mengetahui pun sebab penumpang yang duduk sebaris dengan aku membawa peralatan tersebut dan menggunakan. Kebetulan memang aku bawa earphone. jadi dapatlah aku dengar suara dari imej yang dipaparkan pada skrin monitor di hadapan. MAS Inflight Entertainment

MAS Ingflight Entertainment
Port USB dalam pesawat Boeing 737-800 MAS

Hari Hujung Minggu Pun Keliru

Hasil daripada kebiasaan selama 20 tahun mencari rezeki di Kuala Lumpur, bila balik semula ke Kedah keliru juga dengan perubahan-perubahan.

Paling ketara ialah hujung minggu dan hari pertama setiap minggu. Masa di Kuala Lumpur hujung minggunya ialah Sabtu dan Ahad tapi bila balik Kedah dah jadi Jumaat Sabtu. Ahad adalah hari permulaan setiap minggu.

Bukan dalam minda sahaja nak kena reset perubahan itu tetapi dalam applikasi di komputer dan smartphone pun nak kena ubah untuk mengelakkan keliru. Berapa ramai yang mengubah date setting dalam gajet mereka?

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: