Hasil daripada kebiasaan selama 20 tahun mencari rezeki di Kuala Lumpur, bila balik semula ke Kedah keliru juga dengan perubahan-perubahan.
Paling ketara ialah hujung minggu dan hari pertama setiap minggu. Masa di Kuala Lumpur hujung minggunya ialah Sabtu dan Ahad tapi bila balik Kedah dah jadi Jumaat Sabtu. Ahad adalah hari permulaan setiap minggu.
Bukan dalam minda sahaja nak kena reset perubahan itu tetapi dalam applikasi di komputer dan smartphone pun nak kena ubah untuk mengelakkan keliru. Berapa ramai yang mengubah date setting dalam gajet mereka?