Agak lama juga tidak menaiki MAS selepas bersara dari perkhidmatan. Namun rezeki masih ada dan tahun ini dah tiga kali berkesempatan terbang bersama syarikat penerbangan kebangaan Malaysia itu. Walau syarikat itu bermasalah dari segi mengalami kerugian dan kehilangan dua buah pesawatnya dalam satu tahun, ia masih lagi pembawa bendera negara merantau ke seluruh dunia. Kesan dari dua kemalangan tersebut diberitakan ramai sudah hilang keyakinan untuk terbang bersama MAS. Namun bagi aku hidup mati itu di tangan Allah, bukan di tangan pilot.
Aku masih ingan kali pertama aku naik MAS ialah semasa hendak terbang ke Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 1974 untuk mendaftar sebagai guru pelatih di Maktab Perguruan Gaya. Ketika itu dan selepasnya apabila sudah berkhidmat sebagai guru terlatih, naik kapalterbang adalah seperti naik bas. Setiap tahun naik kapalterbang untuk balik kampung ketika bercuti.

Selepas itu beberapa kali dalam setahun menaikinya semula apabila menjalankan tugas resmi semasa berkhidmata dengan sebuah Jabatan Kerajaan.
Apa yang hendak aku tulis dalam posting ini ialah bila mengetahui bahawa ada inflight entertinment dalam pesawatnya. Kali pertama dan kedua aku tidak mengetahui bahawa ada entertinment itu. Setiap kerusi dilengkapkan dengan monitor skrin sentuh dan penumpang boleh memilih bentuk entertainment yang di minati. Untuk kanak-kanak dan dewasa. Mula-mula tu hanya tengok je paparan pada skrin bisu itu sebab tidak ada headphone dibekalkan.
Apa yang aku nampak ada di hadapan ialah satu port USB. Ini bermakna penumpang boleh charge gajet mudahalih mereka dalam penerbangan. Dulu masa naik Malindo air memang ada port USB dan headphone jack. Jadi bolehlah bawa earphone/headphone sendiri.
Semasa menaiki pesawat kali ketiga baru aku dapat tahu bahawa ada juga ear/headphone jack pada tempat alas tangan. Aku mengetahui pun sebab penumpang yang duduk sebaris dengan aku membawa peralatan tersebut dan menggunakan. Kebetulan memang aku bawa earphone. jadi dapatlah aku dengar suara dari imej yang dipaparkan pada skrin monitor di hadapan.
