Pagini dok baca pasal rungutan pembeli Simkad Speakout Wireless kat Facebook. Ramai yang sudah rasa macam terkena setelah membeli kadsim tersebut yang jika ikutkan dakwaan reseller boleh 1Gb data setiap hari. Maknanya satu bulan boleh dapat 30 Gb. Banyak tu dan boleh kira paling murahlah. Sedangkan yang termurah sebelum ini Umobile 20Gb berharga RM128 untuk tempoh sah 30 hari.
Ramai yang mendakwa kad tidak boleh diactivate selepas membeli, ada yang tidak tahu macam mana nak activate dan sebagainya.
Disamping itu harga jualan oleh reseller juga berbeza-beza. Harga di 7 Eleven (terpilih) dijual pada harga RM8.00 dengan RM5.00 kredit panggilan. Namun ada reseller jual dengan harga antara RM25.00 hingga RM100.00.
Jika jual pada harga RM25.00 masih boleh accept lah lagi walaupun tu dikira cukup mahal. Tetapi yang melampaunya ada yang jual sampai RM100.00.
Jadi ada sesiapa yang dah membeli dan rasa tertipu?