Nama Baru Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur

Tidak lama lagi ramai orang akan keliru buat sementara tentang nama-nama jalan di Bandaraya Kuala Lumpur. Ia berikutan DBKL mengambil keputusan untuk menukar nama beberapa jalan kepada nama-nama KDYMM Yang DiPertuan Agong. Datuk Bandar pun dah umum proses nak tukar tu.

Maka ramai juga mereka yang terlibat di jalan-jalan itu terpaksa menukar alamat mereka dan mengumumkan kepada kawan-kawan. Entiti perniagaan dan Jabatan Kerajaan termasuk pihak swasta pun akan turut terlibat apabila banyak yang mereka perlu tukar selain alamat. Alatulis yang berlambak pun nak kena tukar juga. Bukan setiap kali pun, tetapi semua itu melibatkan kos.

Memang elok pun mengabadikan KDYMM Yang DiPertuan Agong kepada nama-nama jalan atau Bangunan sebagai mengenangkan jasa dan junjung kasih rakyat kepada Baginda-Baginda.

Walaupun ianya langkah baik namun, ada juga kontranya. Mengapa tukar nama sedia ada yang mempunyai unsur-unsur sejarah dan nilai-nilai heritage. Itulah ramai yang mempertikai di media sosial. Tidak pastilah ada komen membantah di akhbar cetak sebab saya tak pernah baca akhbar cetak.

Nama jalan

Apa pun, saya ingin mencelah jugalah walaupun pihak DBKL dan kerajaan pasti tidak akan dengar rungutan rakyat. Mengapa tidak nama KDYMM Yang Dipertuan Agong tidak diabadikan di Lebuhraya kerana status lebuhraya lebih tinggi sebagai alat penghubung yang lebih luas berbanding jalanraya di sekitar Kuala Lumpur itu. Adalah lebih baik dari menggunakan akronim yang berbaur penjajah.