Siapakah Anda Sehingga Hacker Nak Hack Facebook Anda?

on

Ramai yang pernah menerima shared post dari friend yang dikenali atau tidak dikenali dalam wall Facebook mereka. Sharing itu berlaku tanpa pengetahuan friend kita itu menjadi viral dan jika mereka yang berfikiran singkat pasti akan memandang serong pada rakan yang share post berkenaan.

Bahan yang dishare biasanya gambar-gambar atau video clip berunsur lucah. Sebenarnya sebaran itu boleh merebah kerana perasaan ingin tahu apa link yang kena post itu. Sebahagian kesalahan post seperti itu boleh merebak adalah kerana pengguna Facebook sendiri yang membantu tanpa sedar.

SKMM telah mengeluarkan AMARAN berikut apabila tersebar datu lagi viral link berbaur lucah di laman Facebook.

SKMM

Link yang diberikan agar kita click itu hanyalah umpan untuk membolehkan pembina apps berkenaan tanam malware di akaun Facebook anda. Apabila malware tersebut sudah berada dalam profile Facebook atau komputer anda, maka bila-bila masa ia boleh trigger dan hantar mesej yang sama kepada friends anda yang lain ataupun mencuri maklumat yang terdapat dalam hard disk anda seperti info-info peribadi dan perbankan anda.

Apa yang penting untuk di ambil perhatian ialah, jika ada apa-apa posting yang nampak menarik dan sesuatu aplikasi baru dalam Facebook atau mana-mana media sosial, kemungkinan ianya taktik untuk menanam malware di dalam komputer anda. Jika anda rasa ragu-ragu dan was-was, JANGAN klik, Tak rugi pun kalau anda tidak masuk kel ink berkenaan jika tidak ada kena mengena dengan diri anda.

Selalunya apabila sesuatu yang di luar kebiasaan berlaku pada laman media sosial anda khususnya di Facebook, ramai akan menuding jari kepada hacker. Sebenarnya saya rasa itu bukan kerja hacker kerana logiknya takkan hacker mampu nak hack berjuta-juta akaun pengguna Facebook satu persatu. “Hacker” sebenar ialah diri mereka yang berjari gatal untuk click link tanpa memikirkan kesannya. Mereka yang berjari gatal inilah yang membantu menyebarkan “virus thread” dan malware melalui komputer mereka sendiri.

Saya sering juga cakap pada kawan-kawan yang tidak ada apa-apa pengaruh dan kepentingan di alam maya atau alam nyata. SIAPAKAH ANDA SEHINGGA HACKER NAK HACK FACEBOOK ANDA? Hackers biasanya akan hack laman web atau akaun yang mereka akan beroleh kepentingan serta merta untuk tujuan balas dendam atau menceroboh ke dalam sistem keselamatan sesebuah sekuriti. Apa yang mereka dapat dengan kerja hack laman pengguna Facebook. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s