Buah Katak Puru

Katak Puru adalah sejenis haiwan amfibia dan katak puru ini pula suka tinggal di tempat yang lembab dan gelap.

Tapi buah katak puru ini pula tumbuh di batang pokonya dan dinamakan demikian kerana nampak macam katak puru. Mengikut Wikipedia nama botaninya ialah Cynometra cauliflora. Ia sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan-hutan di kawasan Tropika seperti Malaysia dan negara-negara ASEAN.

buah nam1buah nam

Rasa buah ni masam-masam kelat tetapi tidaklah semasam buah mangga atau lain-lain dalam kategorinya. Ia boleh dimakan dengan cicah asam garam dan boleh dicampur ke dalam rojak.

Selain itu ia juga boleh dicampur ke dalam kari disamping boleh dijadikan jus.

Gambar pokonya DI SINI.dan SINI.