Proton Sekali Buat Hal

Memang dah lama dah aku guna Proton ni, Model 1991 dan aku start guna sejak 1998. Tapi memang puas hati walaupun hanya sebuah Proton yang ramai org dok merungut pasaal kualitinya. Mungkin nasib aku baik kerana Proton yang aku pakai tu tak banyak songehnya. Yang sekali sekala rosak tu biasalah. Tak macam kawan aku dulu guna Proton juga setiap bulan mesti ada masalah dengan keretanya itu.

Yang penting maintain air dan minyak hitam, kurang sikit masalah dengan enjim. Masalah wear and tear tu biasalah. BMW dan Merc pun ada masalah macam tu. Tapi bagi kereta aku kalau dia merajuk, hmmmm…a few times juga tow truck tolong drive aku dan family ke workshop. Bt aku tak terkilan sangatlah sebab kereta berjenama dan baru pun ada juga tersadari di tepi lebuhraya.

Bulan lepas dah tukar starter yang berusia lebih kurang 5 tahun. Hari itu masa pergi kenduri tup-tup aircond pula rosak. Pun dah lama tak ada masalah Rasanya dalam tahun 2000an sekali aku service kipasnya. Dan hari ini motor kipasnya rosak dan terpaksa diganti. Lepas tu kena servis coil dalam compressor. Servis je sebab kalau biarkan mungkin kerosakan akan jadi lebih teruk.

Tu selepas mekanik tu cakap ni wayar dah panas sebab coil mau rosak. Dia cakap masih boleh jalan tapi tak lama akan terbakar juga coil tu. So, servislah.

Dulu masa dok di Kuala Lumpur, jika pergi ke satu workshop tu, dia akan belek dan cadang macam-macam. Last-last beratus juga kena. Yang tu dia tak buat servis, Kalau rosak seketuk dia tukar. Beza dengan di Jitra ni.

Walaupun hari ni ni habis hampir 500, tetapi aku mira masih berbaloilah sebab tahun 2014 ni baru 4 kali kereta pergi workshop kerana kerosakan wear and tear.

Smile, You’re On A Voyeur’s Camera

In the 60s there was one popular TV program called Smile, You Are On Candid Camera. The program capture individuals or groups unaware and screen them to make other people laughs. Then nowadays there are a few more programs that was orchestrated and set up to capture unaware or member of the public on video and screen it as an entertainment production.

Now in the ICT era where technological gadgets and inventions flood the market, some people are using such tactic but for a different objective- voyeurism. remember one Malaysian Doctor who was convicted in UK recently for such activity?

Voyeurism according to Wiki is

the sexual interest in or practice of spying on people engaged in intimate behaviors, such as undressing, sexual activity, or other actions usually considered to be of a private nature.[1]

The principal characteristic of voyeurism is that the voyeur does not normally interact directly with the subject of his/her interest, who is often unaware of being observed. The essence of voyeurism is the observing but may also involve the making of a secret photograph or video of the subject during an intimate activity.

The term comes from the French voyeur which means “one who looks”. A male voyeur is commonly labeled as “Peeping Tom”, a term which originates from the Lady Godiva legend. However, that term is usually applied to a male who observes somebody secretly and, generally, not in a public place.

gantungan-baju-e

hidden camera

Where cameras can be hidden (above) and based on the location of the camera, you already knew whats the purpose of the recording. Voyeurism. So before you strip yourself be on a lookout unless you want your hidden talent unearthed.

The availability of the internet and social media today takes voyeurism another giant leap since some of those voyeurs share what they capture in private. Most of the time they are putting the unsuspected “actor/actresses” to unwanted shame. Hidden and spy cameras once used by secret agents to gather information had been put to use as gadget to shame.

With all these voyeurism gadgets around, we have to always be wary about exposing our body parts of intimate activities when in public places such as the washrooms, changing rooms in shopping malls, hotels and other public or even private locations. If you google How to detect hidden cameras on the internet you can find tons of information about it.

The tiny camera can be hidden anywhere without being detected by the naked eye if you do not concentrate on searching for it.

How then are we going to know whether the public washroom, changing room or hotel are free of these spying gadgets? Many advice and tips had been compiled either by individuals or authority such as the police on how to determined whether such gadgetry are around.

I read this one tip sent by a friend. How to Check a Hidden Camera in Hotel Room

1. Upon entering the room, turn off all lights and pull the curtain.

2. Open your phone camera but switch off the flash.

3. Holding the phone, turn around the room aiming the camera and if you can see a red dot on your cellphone camera, then its a possibility a hidden webcam. Or else the room is free of hidden camera.

Wiki posted this tip on how to detect a hidden camera. HERE

There are also tips on how to detect a two way mirror because it is another potential hideout for hidden cameras especially in public washroms. Its the finger test as this graphic demonstrates

2 way mirror

This graphic source snopes.com

So the next time you enter the washroom, be wary of any hidden cameras before stripping yourself. The same advice too if you want to have any nice intimate time with your spouse in a hotel room. You might be caught on a voyeurs camera. If it happens you will not smile anymore but experiencing red faces.

Ngauman Harimau Tidak Nyaring?

Selesai sudah pusingan pertama Separuh Akhir Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 dengan dua perlawanan dilangsungkan, satu di Manila dan satu lagi di Kuala Lumpur.

Filipina yang pada awal penglibatan mereka dalam bolasepak adalah pasukan belasahan telah dapat mengekang negara Gajah Putih Thiland dari mencipta langkah awal untuk ke Final. Mereka seri 1 sama.

Harimau Malaya pula dijinakkan seketika di gelanggang sendiri oleh Vietnam setelah dikalahkan 2-1 dalam perlawanan yang dicemari insiden yang tidak diingini. Ada penyokong Vietnam cedera dalam insiden di tempat penonton.

Walaupun Harimau Malaya masih berpeluang untuk melangkah ke perlawanan Akhir, namun laluan mereka dipenuhi belantara dan duri, Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 di Hanoi nanti. Vietnam pula ada kelebihan 2 gol di tempat lawan. Jika seri 2-2 pun langkah Harimau Malaya berakhir di Hanoi.

Gambar di bawah yang saya nampak dan ambil dari satu posting Facebook menunjukkan insiden yang tidak diingini. Gambar-gambar tersebut pula dipetik dari Zing.vn yang bermakna ianya sudah disebarkan di Vietnam dan pastinya menjadi viral di kalangan pengguna media sosial dan peminat sukan di Vietnam.

Harimau Malaya akan bertandang ke Hanoi dan tentunya penyokong mereka juga akan turut serta berada di gelanggang perlawanan. Apa yang mungkin menjadi mimpi yang tidak diingini ialah penyokong Vietnam akan mengambil tindakan balas. Lebih besar kemungkinan jika Vietnam tewas. Harap-harap “the worse will not happen”

AFF Suzuki 2014 Mas VN1 MAS VN2 MAS VN3 Mas VN4

Insiden di Stadium Shah Alam itu tidak sepatutnya berlaku, apa lagi ianya melibatkan sukan bolasepak yang bermula dengan perarakan masuk bendera Fair Play atau semangat kesukanan.

Susulan itu Facebook Harimau Malaya membuat permohonan maaf secara terbuka dan diharap insiden beberapa orang samseng stadium itu tidak menejaskan semangat kesukanan di padang dan di galeri penonton pada 11 Disember kelak.

Aff Suzuki

Individu atau kumpulan yang mencemarkan nama baik negara itu sewajarnya ditangkap dan dihukum. Di zaman media sosial ini, tidak ada apa yang boleh disembunyikan atau didolak dalikkan.

Doa saya Harimau Malaya akan kembali mengaum di Hanoi nanti dan Piala AFF Suzuki 2014 mendarat semula di Kuala Lumpur untuk kali kedua (pertama 2010) tanpa sebarang insiden berdarah seperti yang berlaku di Shah Alam.

AFF Suzuki Cup 2014

Graphic Credit

AFF Suzuki Winners

                  Credit Grafik

Tiga Peristiwa Dalam MAS

Ini bukanlah sesuatu yang menjejaskan nama baik MAS tetapi apa yang berlaku telah meningkatkan imej kru penerbangan. Mungkin peristiwa ini boleh memberikan sedikit keyakinan kepada penumpang dan bakal penumpang MAS bahawa malang itu boleh berlaku dalam mana-mana penerbangan sahaja dan bukan MAS sahaja.

Peristiwa pertama aku baca dari blog rakan blogger placesandfood tentang seorang penumpang dalam penerbangan MH125 dari Kuala Lumpur ke Perth telah pengsan dalam penerbangan. Anda boleh baca apa yang diceritakan oleh blogger tersebut tentang bagaimana tindakan profesional cabin crew berhadapan dengan situasi sedemikian berkat latihan yang mereka telah lalui, “Ini bukan cobaan…….Ini betul-betul…..” sekadar nak petik dailog dari salah sebuah filem Allahyarham P. Ramlee.

Peristiwa kedua berlaku dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, di mana seorang penumpang telah minum hingga mabuk. Turut serta dalam penerbangan tersebut ialah Datuk Bandar London. Apa yang berlaku ialah seorang penumpang telah mabuk dan kru kabin telah dapat mengawal lelaki itu yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis selepas mendarat.

Peristiwa ketiga melibatkan seorang rakan sekampung, Allahyarham Ahmad Omar, yang meninggal dalam penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur. Allahayrham telah pergi ke Dubai untuk menghadiri persidangan Asian Paralympic Council. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Mesjid Al Ghufrah, Akar Peluru, Alor Setar, Kedah.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman. Al Fatihah

photo credit to http://eng.mynewshub.cc/
                                       photo credit to http://eng.mynewshub.cc/

Anda boleh baca cerita selanjutnya DI SINI

Doa blogger ini semoga MAS akan terus terbang dan menjadi duta negara mengibarkan jalur gemilang.

Karnival Kucing Perlis 2014 dan Taman Ular

Aku bukannya peminat kucing tetapi menyayangi juga kucing kerana dia makhluk Allah dari species harimau tetapi Allah jinakkan untuk membolehkan dia tinggal dan hidup dengan aman bersama manusia. Sehingga boleh dijadikan sebagai pet.

Orang cakap kalau seseorang itu datang ke rumah kita dan kucing mendekati dan bermanja-manja dengan tetap itu, adalah tanda dia membawa rahmat. Wallahualam.

Hari Ahad lepas ajak anak aku pergi Taman Ular di Sungai Batu Pahat Perlis kerana ada Karnival Kuching Perlis 2014. Taman Ular ni pun dah lama dah tak pergi. Kalau tak silap last pergi tahun 60an dulu bersama rombongan pengakap sekolah.

Taman Ular Perlis

Karnival Kucing Perlis 2014 diadakan pada 28-30 November bertempat di dalam kawasan Taman Ular Negeri Perlis. Jadi sambil-sambil melawat Pameran Kucing dapat jugalah melawat pameran statik ular-ular di Taman Ular tersebut.

Dah sampai Taman Ular, aku dapat juga sedikit info tentang taman tersebut. Harge tiket untuk masuk ialah RM5.00 untuk Dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak di bawah 10 Tahun. Kanak-kanak Bawah 4 tahun masuk Percuma. Di bawah ni ialah video Harian Metro mengenai Karnival tersebut.

Karnival Kucing Perlis 2014