Bagai cendawan juga tumbuhnya kedai RM2.00. Dulu aku just nampak kedai-kedai macam ni di Sabah, khususnya Kota Kinabalu, tetapi kemudiannya menular pula ke Semenanjung.
Petang tadi masuk kedai RM2.00 ni yang baru buka di Pekan Jitra, Kedah.
Kedai RM2.00 majoritinya barang yang diimport dari Cina. Jadi tertanya juga mengapa barangan yang diimport dari Cina murah-murah. Dulu kita beli barangan dari Thailand kerana lebih murah walaupun dari segi kualitinya boleh dipertikai. Namun tetapi juga mendapat sambutan. Kita bukan nak pakai barangan itu sampai mati pun. Boleh pakai untuk beberapa bulan atau beberapa tahun pun dah kira balik modal. Mana ada barangan yang kita beli itu tahan berpuluh-puluh tahun sampai kita hendak masuk kubor kan?
Dah nama pun Kedai RM2.00, barang yang djual pun semua RM2.00 kecuali ada juga terselit barang yang terpaksa mereka jual lebih dari harga itu.
Murah dan berbaloi tak? Ni nak tanya mereka yang sering masuk dan beli barang di kedai RM2.00.
Bila compare harga, barangan yang sama dijual dalam Facebook ata online harganya berkali ganda lebih mahal sedangkan barang itu mungkin juga berasal dari negara Cina yang pemborongnya beli terus dari sana atau melalui Alibaba.com.
Bahayanya masuk kedia RM2.00 ni kita tidak sedar kita membeli tanpa kawalan. Dah tertanam dalam kepala kita MURAH, jadi kita membeli tanpa fikir panjang. Akhir-akhirnya berpuluh juga duit kita habis. Memanglah barang yang dapat pun banyak tetapi termasuk juga barang yang sebenarnya kita tidak perlu pun.
Yeop rajin cari barang kat kedai RM2 sbb murah dan jimat kos berbanding beli di kedai biasa. Kalau sekadar nk beli barang keperluan asas tiada masalah. Majoriti dalam kedai tu menjual barang keperluan biasa, ada jugak jual barangan plastik seperti bakul atau tong sampah.
Boleh beli cuma berpada saja.