Selesai Sudah Gegarvaganza 2014 – Otai Tetap Berbisa

Ayai Ilusi dinobatkan sebagai juara Gegarvaganza edisi pertama. Kejayaan beliau memang dapat diramalkan berdasarkan hampir setiap minggu beliau antara yang terawal disebut untuk ke pusingan seterusnya. Begitu juga Haleda antara nama terawal disebut.

Tahniah kepada Ayai Ilusi, Ternyata “Otai Masih Berbisa”

Lumrah setiap produksi yang disiarkan di TV pasti akan ada cacat cela dan ianya adalah asam garam dalam kehiupan. Mana ada yang perfect.

Semasa malam final rancangan tersebut dimulakan dengan technical glitch apabila dua kali berlaku sound trouble dan yang menariknya kedua-duanya melibatkan penyanyi Ifa Raziah dan pada ketika yang sama iaitu semasa intro persembahan. OKlah telah dapat diselesaikan oleh technical crew.

Pada malam final juga ada dua ketika lagi di mana membuatkan ramai orang rasa keciwa dan gelagat artis. Yang pertama apabila Ifa Raziah berpelukan dalam keadaan yang nampak “erotis” bersama pelakon Hisyam Hamid. Tentu ramai yang meluat dengan aksi tidak senonoh itu sebab dilakukan secara live. Iaya tidak sepatut berlaku dalam sebuah rancangan yang menjadi tumpuan penonton dari berbagai lapisan dari kanak-kanak hingga ke orang dewasa.

Apa yang lebih menjelekkan ialah masing-masing pelaku sudah berumahtangga. Bila Ifa beri penerangan yang dia mendapat izin suami sementara isteri Hisyam izin itu hak masing-masing, tetapi tidak kena tempatnya di khalayak ramai. Ia besar kemungkinan akan menjadi ikutan anak-anak muda yang menganggap tidak mengapa jika sudah diizinkan.

Berikut sekadar beberapa komen yang saya petik dari blog Beautifulnara.

GV komen

GV komen1

GV komen3

GV komen2

Satu lagi insiden yang juga menjadi isu di media sosial ialah tentang Hairul Azreen membuat proposal untuk melamar blogger/artis Hanis Zalikha. Segmena itu walaupun idea Hairul Azreen tetapi nampaknya memang dirancang oleh Astro untuk membuat kejutan tetapi gimik itu mendapat backfire. Ramai yang tidak setuju dengan gimik tersebut kerana pertama sekali ia bukan budaya orang Melayu yang bersopan santun.

Ruang media sosial khususnya twitter dan facebook banyak menyiarkan komen negatif gimik tersebut.

Sultan Melaka pun marah

sultan melaka dan gegarvaganza

Itu antara insiden yang tidak menyenangkan peminat dan penonton. Semoga ia menjadi iktibar kepada pihak penerbita di masa akan datang.

BACA juga Engkumuzahadin

Author: atok zaha

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: