Bagaimana Mengguna WhatsApp Di Komputer

Whatsapp adalah merupakan aplikasi komunikasi yang paling popular di kalangan pengguna gajet mudahalih kini. Ia jauh mengatasi aplikasi bertujuan sama seperti Wechat, Viber, Line, Kaokako Talk dan sebagainya.

Mengguna Whatsapps pada gajet mudahalih khususnya telefon pintar selalunya berhadapan dengan masalah silap tekan kekunci kerana ianya kecil. Walau bagaimanapun jika berada di luar rumah memang tidak ada alternatif lagi.

Sekiranya anda berada di tempat kerja (jika pengurusan tidak menyekat penggunaan) maka Whatsapps sesuai digunakan melalui komputer. Ia tidak menganggu konsentrasi kerja kerana anda boleh set untuk mendapat notification jika ada mesej baru masuk. Namun janganlah pula menyalahguna kemudahan berWhatsapp menggunakan komputer semasa tugas.

Bagamana hendak menggunakan Whatsapp melalui komputer?

Langkah pertama ialah dengan memasukki laman web Whatapps  web.whatsapp.com dan anda akan dibawa ke landing page seperti ini.

Whatsapps WebSaya cuba menggunakan Chrome tetapi tidak berjaya kerana diminta untuk update Chrome terlebih dahulu. Walaupun beberapa kali saya download dan update ia masih tidak berjaya. Jadi saya tukar menggunakan Mozilla Firefox.

Apabila anda click ikon Firefox anda di bawa ke laman ini.

Whatsapps Web1Seterusnya dengan menggunakan smartphone anda, buka aplikasi Whatsapp dan pada setting cari WhatsApp Web (Lihat Rajah di bawah) dan click dan scanner akan keluar dan scan pada QR code yang dipaparkan seperti dalam Rajah di atas. Jika anda letak tanda “Right” (Lihat Rajah Di atas) pada kotak sebelah Whatsapp anda di Whatsapp Web akan sentiasa ON walaupun selepas anda shutdown komputer. Jadi dinasihatkan jangan letak tanda “Right” supaya automatik anda logout di web bila anda shut down komputer.

Whatsapp3Jika anda letak tanda “Right” maka paparan berikut akan diterima menunjukkan anda masih WhatApp and masih online. Anda boleh Tekan “Logout from all computers” dan mula langkah seperti atas semula.

whatsapps5

Sekiranya scan anda berjaya maka paparan yang sama dengan paparan pada smartphone anda akan muncul. Lihat Rajah di bawah.

Whatsapps Web2Pastikan WhatsApp di smartphone anda dihubungkan pada internet,jika tidak paparan seperti ini akan muncul dan anda tidak boleh guna WhatsApp pada komputer kerana terputus hubungan.

Whatsapp4SELAMAT MENCUBA.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s