Rukun Islam yang kelima ialah mengeluarkan zakat. Setiap orang Islam yang berkemampuan adalah wajib untuk mengeluarkan zakat atas harta yang dimilikkinya.

Zakat bukanlah sumbangan kebajikan tetapi dianggap sebagai satu bentuk cukai yang dibayar mengikut syariat agama.
Ensklopedia maya yang popular, Wikipedia mendefinisikan seperti berikut:
Zakāt (Arabic: زكاة [zæˈkæːt], “that which purifies”,[1]) is a form of obligatory alms-giving and religious tax in Islam.[2][3] It is based on income and the value of all of one’s possessions.[4][5] It is customarily 2.5% of a Muslim’s total income, savings and wealth above a minimum amount known as nisab,[6] but Islamic scholars differ on how much nisab is and other aspects of zakat.[6] The collected amount is paid first to zakat collectors, and then to poor Muslims, to new converts to Islam, to Islamic clergy, to those fighting for Islamic causes, and any other charitable cause. For example, a Muslim can still give zakat to non-Islamic charities, and it will still be considered as zakat.[7][8][9]
Zakat is is one of the Five Pillars of Islam, mandatory for all Muslims.[10] Zakat is not a charitable contribution,[11] and is considered as a tax.[12][13] The payment and disputes on zakat have played a major role in the history of Islam, such as the Ridda wars that fueled the conflict between the Sunni and Shia sects of Islam.[14][15]
Zakat Fitrah pula adalah zakat yang wajib dibayar oleh setiap orang Islam sebelum bermulanya Solat Aidil Fitri pada 1 Syawal. Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran seperti berikut :
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :
Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.
Disamping itu terdapat juga hadith-hadith soheh yang menekankan kewajipan berzakat. Rujuk DI SINI
Bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia kadar bayaran zakat fitrah untuk tahun 2015 Masehi (1436 Hijrah) adalah seperti dalam rajah berikut:

Secara asasnya zakat fitrah di negara kita adalah berdasarkan beras kerana ia makanan ruji kita.
Syarat yang mewajibkan zakat firtah ini dikeluarkan ialah individu Islam dan merdeka
Islam dan merdeka serta memilikki harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
ORANG YANG TIDAK WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
LAFAZ AKAD MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
ASNAF-ASNAF YANG LAYAK
Zakat dibayar kepada 8 asnaf seperti yang diperincikan oleh Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 8 Okt 2007 seperti berikut:
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil (Pengurus Zakat)
4. Al-Muallafatu Qulubuhum
5. Fir Riqab
6. Al. Gharimin (Orang berhutang)
7. Fi Sabilillah
8. Ibnu Sabil
Rujuk E Fatwa dan MAIWP untuk membaca perinciannya
Sumber Rujukan