Aidil Fitri sudah berlalu dan dalam bulan Syawal ini masih ada lagi kemeriahan Aidil Fitri kerana dikatakan raya itu satu bulan. Err….masih ada kedai milik orang Melayu masih tutup walaupun hari ini (masa posting) sudah 9 Syawal. Raya sakan no…..
Kita sudah selamat melayari cabaran bulan Ramadhan berpuasa dengan sabar selama 29 hari. Itu yang wajib tetapi di bulan Syawal ini pula ada lagi orang yang mengejar bonus dengan berpuasa sebanyak enam hari lagi. Puasa enam ni lebih mencabar berbanding puasa Ramadhan kerana kita berhadapan dengan orang yang makan minum di hadapan kita, kuih muih yang terhidang di hadapan kita dan kunjung mengunjungi masih lagi berlaku. Cabaran puasa enam hari di bulan Syawal sebenarnya lebih hebat berbanding di bulan Ramadhan.
Semasa Ramadhan sebahagian wanita tidak dapat berpuasa sepenuhnya kerana uzur syarie. Walaupun uzur dia diwajibkan membayar sebanyak hari yang ditinggalkan sebagai Qadha puasa wajib.
Ramai yang mengambil kesempatan sebagai 2 in 1 iaitu berpuasa Qadha dan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Apa hukumnya, kita tonton video You Tube.
Saya ada menerima satu pesanan Whatsapps bahawa umat Islam yang ingin berpuasa sunat enam hari Ramadhan mulai 10 Syawal (26 Julai) hingga 15 Syawal (31 Julai) berpeluang mendapat ganjaran 3 in 1 iaitu 3 puasa sunat sekaligus iaitu
1. Puasa Sunat Bidh (13,14,15 Syawal)
2. Puasa Isnin dan Khamis (11 dan 14 Syawal), dan
3. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal.
Ramai di antara kita sudah tahu tentang puasa sunat nombor 2 dan tiga tetapi mungkin ramai tidak tahu apa itu puasa Sunat Bidh.
Kita disunnahkan berpuasa dalam sebulan minima tiga hari. Dan yang lebih utama adalah melakukan puasa pada ayyamul bidh, yaitu pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah (Qomariyah). Puasa tersebut disebut ayyamul bidh (hari putih) karena pada malam-malam tersebut bersinar bulan purnama dengan sinar rembulannya yang putih.
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah saw. bersabda:
“Puasa pada tiga hari setiap bulannya adalah seperti puasa sepanjang tahun.”
Untuk membaca lebih lanjut tentang puasa Sunat Bidh boleh melawat laman sesawang Jadipintar dan Muslim dot org.