M-O-K Garis Bawah C-U-N dan Kodiang

Mak Cun

Tup-tup terminat nak ikut juga drama Mak Cun di TV3 setiap hari Rabu dan Khamis. Bukan kerana sekadar kualiti dramanya tetapi kerana ciri-ciri “Raja Lawaknya” yang ada nilai hiburan. Namun paling bestnya ialah adanya Kodiangnya.

Dok promote nama Kodiang satu nama yang menjadi sungguh sentimental bila disebut. Kodiang sebuah pekan kecil di Daerah Kubang Pasu, Kedah bersempadan dengan Perlis. Dulu Kodiang ni pernah popular dengan pasembornya. Lepas tu ada juga buku biografi Dari Kodiang ke Jalan Riong hasil tulisan Tajudin Saman.

Apa yang menariknya ialah bagaimana promosi dilakukan untuk menarik perhatian penonton terhadap drama terbitan Rumah Karya Citra Arahan Bade Hj. Azemi ini iaitu menggunakan media sosial.

Skrip yang menyuruh mencari M-O-K garis bawah C-U-N di Instagram secara tak langsung adalah merupakan promosi untuk drama tersebut. Selepas disuruh Pak Akob (lakonan Dato’ Rahim Razali) mencari M-O-K Garis Bawah C-U-N saya pun mencuba mencari di Instagram dan memang ada pun. Saya tergelak sendirian. Terasa lucunya juga.

Mak Cun  mengisahkan tentang Perusahaan Bedak Sejuk Mok Cun makin menjadi-jadi. Bukan shaja di Kokdiang malahan bedak sejuk Mok Cun sudah sampai ke merata negeri di Malaysia ini. Rumah Mok Cun dah macam kilang buat bedak sejuk Pada masa yang sama Zennat menaruh hati kepada Pak Akob. Zennat memang suka gila dengan Pak Akob tapi berdepan dengan persaingan apabila Pak Akob lebih tertarik kepada Mok Cun. Zennat mula dengki dengan Mok Cun termasuklah sanggup menjalankan perniagaan cucuk kolagen kerana mahu melawan perniagaan bedak sejuk Mok Cun.

Erma Fatimah telah menggunakan deman Media sosial untuk menarik minat penontonnya di Instagram, Facebook, Twitter dan You Tube.

Mak Cun

Mak Cun

Hangpa boleh tonton Full Episode di : http://www2.bukancincai.com/2015/07/tonton-mak-cun-full-episod.html#sthash.

Top Case Motorsikal – Satu Aksesori Keselamatan

Kelmarin beli sebuah top case untuk motorsikal. Masa mula-mula dulu top case ni popular di kalangan pengguna motorsikal di Singapura sebelum masuk ke Malaysia. Sekarang kebanyakan top case ni menjadi opsyen kepada pemilik motorsikal untuk dipasang pada motorsikal masing-masing.

Mungkin top case ni semakin menjadi keperluan memandangkan kes kecurian kecil-kecilan terhadap barang yang disimpan di raga motorsikal semakin berleluasa. Apa sahaja yang diletakkan dalam raga motorsikal yang terdedah itu berisiko hilang.

Top Case1Sekiranya barang yang diletakkan di dalam raga motor itu diambil orang maka ia berpunca dari kelalaian pemilik. Ini kerana apa sahaja yang mempunyai sedikit nilai pasti menarik perhatian orang yang ada niat untuk mengambilnya, sama ada untuk dijual dengan harga murah atau sememangnya tabiatnya mengambil harta benda orang lain.

Terpaksalah saya invest membeli satu unit top case ini. Syukur aku membelinya pada masa yang tepat (bagi akulah) sebab dapat stok lama. Harga satu unit yang aku beli ialah RM150. Pada hari pertama semasa ditanya itulah harga yang ditulis pada unit berkenaan dan pekedai kurang cuma RM10.00. Kira OK lah sebab dah tanya kedai lain dicakapnya RM200 lebih.

Namun pada hari pertama tidak dapat beli sebab tidak ada rack untuk pasang pada motorsikal sebagai tempat meletak top case. Di suruhnya aku datang hari keesokannya sebab dia nak order dulu rack itu.

Hari kedua pergi, diberitahu rack belum dapat. So, aku pergi sendiri mencari di kedai-kedai motor yang lain dan memperolehinya di sebuah kedai motorsikal yang menjual spare parts motorsikal di Bandar Jitra. Satu unit rack tersebut berharga RM45.00.

Pada ketika yang nampak juga harga top case yang dipamerkan dalam kedai tersebut yang bermula dengan RM220.00 pastinya harga baru.

Selepas pasang supporting rack, aku bali semula ke kedai pertama tadi untuk pasang pula top case. Settle.

Semasa membayar pekedai itu cakaplah harga iaitu RM150.00 dan aku pertikai yang dia telah kurangkan menjadi RM140.00 semasa kali pertama bertanya. Alasan yang diberikan untuk tidak mengurangkannya ialah kerana upah pasang. Kalaulah aku tahu dia ambik upah pasang, pastinya aku beli dan balik pasang sendiri top case itu kerana sememangnya ia boleh DIY dan boleh jimat RM10 untuk bawa anak isteri makan nasi lemak dan teh tarik. Tapi aku rasa bukan upah pasang yang menjadi alasannya, sebaliknay sebab harga top box itu sudah meningkat, jadi pekedai itu hendak mendapat untung extra sahaja. Memanglah RM10.00 sekarang tidak tinggi nilainya tetapi di kawasan Jitra ni masih boleh makan sampai kenyang lagi.

Harga top case sekarang juga sudah naik dan bezanya sampai RM70.00 dari harga lama, jika diambil kira top case yang aku beli itu dengan harga yang baru.

Selepas ada top case ni rasa selamat sedikit jika hendak menyimpan barang-barang kecil dan kurang nilainya seperti baju hujan, buku nota dan pen dan sebagainya walaupun jika orang hendak mencuri boleh mencungkilnya. Sekurang-kurangnya aku sudah berusaha untuk melindungi harta benda aku dan selebihnya aku tawakkal kepada Allah.

Selepas ada top case ni bolehlah maybe aku nak travel mana-mana secara backpacking kot untuk mencari bahan tulis blog.

Imej Pada Sejadah – Satu Isu Yang Remeh?

Kita semua tahu bahawa sejadah adalah alas untuk bersolat tetapi ada juga mereka yang menggunakan sejadah untuk tujuan lain. Ada yang gunakan sebagai salah satu item dalam hantaran kahwin, ada juga yang menjadikannya sebagai alas untuk perhiasan.

Namun apa yang saya ingin tulis dalam posting ini ialah sejadah yang digunakan sebagai alas solat yang sekali-sekala timbul isu-isu yang kontroversi seperti hiasan gambar yang tidak sesuai. Ini kerana semasa solat kita akan menatap sejadah tersebut setiap ketika sama ada sewaktu berdiri dan membaca Al Fatihah serta surah berikutnya, semasa ruko’, semasa iktidal dan duduk antara dua sujud.

Saya telah berkesempatan menunaikan solat di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiba-tiba perasan ada yang tidak kena pada sejadah yang saya sedang gunakan itu. Secara jujurnya sememagnya hilang saki baki kusyuk yang ada. Selesai solat saya telah mengambil gambar ini.

sejadah2

Saya telah post ke dalam Facebook untuk mendapat pandangan mereka yang membaca posting saya itu. Salah satu respons ialah seperti berikut.

sejadah3

Saya setuju ia berlaku secara kebetulan hasil dari rekaan otak kita tetapi jika semua yang kebetulan itu kita tidak ambil berat, maka ada pihak yang akan memandang ringan terhadap sensitiviti kita. Misalnya penghinan terhadap kalimah Allah dan Muhammad pada jenama pakaian terkenal. Adakah kita hendak anggap sebagai secara kebetulan kerana pereka coraknya hanya mengambil kira dari aspek bisnes. Kita adalah manusia yang lemah dan sentiasa di rasuk oleh syaitan untuk lalai dan lupa pada Allah termasuklah semasa solat. Semasa solat pula kita akan menatap sejadah di hadapan kita dan dalam sekelip mata sahaja syaitan boleh mempengaruhi kita untuk lalai. Mungkin juga kita lihat pada gambar kaabah atau kubah mesjid seperti pada kebanyakan sejadah, hati dan mata kita masih boleh bertahan tetapi jika melihat corak-corak hiasan pada sejadah pasti otak akan mula melalaikan kita.

Cuba kita lihat contoh sejadah di bawah. Adakah secara kebetulan atau memang kita yang mereka-reka imej yang tidak ada.

sejadah1

sajadahsajadah bergambar kontroversi

Kembali pada sejadah yang saya gunakan semasa di LTA Kuching, ada dua imej yang secara kebetulan berupa imej yang tidak sewajarnya timbul atas sejadah. Saya bulatkan apa yang saya nampak dan “mereka-rekakan” itu.

Dalam bulan di atas nampak seperti wajah seorang lelaki dengan mata terpejam serta tanda titik di dahi persis wajah pada patung Budha. Tanda pada bahagian bawah pula persis kepala seekor haiwan, macam rusa pun ada, macam harimau pun ada.

Bagi saya ianya sesuatu yang perlu diberi perhatian sebab iman saya tidak kuat sementara bagi mereka yang kuat iman dan kyusuk dalam solat mungkin apa corak yang ada pada sejadah tidak akan menjejaskan kyusuknya.

Mungkin bagi setengah orang ianya perkara remeh dan tidak perlu dipertikai. Wallahualam.

Vape Dah Haram Hukumnya

Begitulah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, vape haram. Sama juga dengan merokok itu haram. Asasnya ialah kerana kedua-duanya membawa kemudaratan kepada diri pengguna itu sendiri, malah mereka disekitar juga mendapat ancaman bahayanya juga.

Pada 5 Ogos 2015, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengesahkan, rokok elektronik atau vapor adalah haram. Jelas beliau, bedasarkan kenyataan, pakar menunjukkan, ia memudaratkan malah boleh menjadi lebih mudarat daripada merokok.

“Jumlah nikotin dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya.  Ia boleh mengandungi antara 6-8mg dalam setiap 1ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16-18mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). – Rujukan SINI

Dr Zulkifli juga merujuk kepada  faktor lain yang diambil kira seperti pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah khususnya bagi golongan wanita. Tambahnya, Irsyad Fatwa ke-63 memutuskan perkara berkenaan sama seperti fatwa ulamak lain yang menyokong pengharaman rokok elektronik tersebut.

Sementara itu Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah memutuskan menghisap Shisha juga Haram hukumnya. Fatwa tersebut telah diputuskan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013. Rujuk e-Fatwa

Walaupun semua aktiviti penggunaan tersebut telah jelas difatwakan sebagai haram, namun ia bukanlah sesuatu yang akan menghalang orang Islam mengelakkan dari menagih. Kesedaran akan datang setelah mereka menghidap penyakit yang berkaitan dengan penggunaan tembakau, hasil tembakau dan seumpamanya.

Mee Derga Di Alor Setar

Mee Derga

Mee Rebus adalah antara menus favourite aku. Kalau nampak je tentu akan jadi pilihan jika perut terasa lapar.

Petang tadi ternampak gerai Mee Rebus, terus singgah.

Pada Suatu ketika dahulu dlm tahun 80an-90an, Mee Abu adalah mee rebus yang paling popular di bandar Alor Setar sehingga menjadi identiti mee rebus. Namun sekarang Mee Abu sudah hilang popularitinya walaupun masih lagi beroperasi.

Hari ini kali pertama makan Mee Derga. Mee Derga ni mee rbus jugalah tetapi kerana ia berasal dari Derga, dinamakanlah Mee Derga.

Gerai yang aku singgah ialah di Jalan Utama Taman Rakyat Mergong, bertentangan dengan Taman Perniagaan Tunku Haminah. Jika masuk melalui lampu isyarat bertentangan Kilang Tayar IT, gerai ini dapat dilihat di sebelah kanan sebelum sampai Mesjid Taman Rakyat Mergong.

Sepinggan Mee Derga ni harganya RM4.00 memang mengenyangkan.

Roti Canai Gear Box

Posting kali ini untuk share satu post di Facebook oleh Mohd Hafsham Moffie Muffie. Post beliau dishare dalam group Penduduk Alor Setar/ Jitra mengenai satu menu makanan yang menjadi bahan sarapan ruji masyarakat Malaysia tetapi dipersembahkan dalam bentuk yang istemewa. Menu tersebut ialah Roti Canai Gear Box.

Biasanya kita dengar sup Gear Box tapi yang ini pula digandingkan dengan roti canai. Roti Canai yang dipesan dicicah dengan kuah Gear Box. Menarik juga kan?

Roti Canai Gear Box
Roti Canai Gear Box1 Roti Canai Gear Box. Kredit Gambar

Harga? Saya telah mengunjungi gerai tersebut dan pada waktu pagi memang ramai pelanggan. Harga untuk Roti Canai Gearbox adalah mengikut saiz “gearbox”nya. Antara RM8.00 hingga RM13.00

Lokasi gerai ini ialah di Medan Selera MDKP, Jalan Protokol (Jalan Jitra dalam peta), Jitra, Kedah. Sekiranya hendak ke Medan Selera ini pengunjung boleh menggunakan Lebuhraya PLUS dan keluar di Exit Jitra (rujuk Peta Pakcik Google di bawah). Jika datang menggunakan Route 1 ianya teletak selepas bandar Jitra.

Medan Selera Jitra

Gulai Ikan Temenung Di Utara

Ikan temenung atau ikan kembung adalah merupakan antara ikan yang tidak pernah kita rasa jemu atau muak untuk makan walaupun setiap hari.

Kebiasaannya ikan ini digoreng begitu sahaja, digoreng tepung, masak asam pedas atau masak kari.

ikan kembung

Kredit Foto

Di sebelah Utara Semenanjung Malaysia telah mula berkembang trend peniaga gerai-gerai makanan menyediakan Gulai Ikan Temenung ini kepada pelanggan, khususnya sebagai menu makan untuk tengahari. Gulai Ikan Temenung ini dimasak dan dihidangkan panas-panas yang menjadikan rasanya lebih sedap. Apa lagi dimakan bersama nasi yang masih lagi berasap.

Memandangkan makanan bermasak bangkit rasa sedapnya ketika masih panas, maka Gulai Ikan Temenung ini elok dimakan di gerai itu semasa baru diangkat dari kuali. Jika dibawa balik dan ia sudah menjadi sejuk keenakannya sudah hilang walaupun dipanaskan semula.

Boleh dikatakan di kawasan Utara, peniaga gerai makanan ini mendapat bekalan ikan yang masih segar di pelantar ikan kuala-kuala sungai, maka ikan yang dihidangkan juga adalah ikan segar dan rasa isinya manis berbanding ikan yang sudah beberapa lama disejukbekukan dalam ais.

Gulai Ikan Temenung

Sekiranya anda melancung ke Utara Semenanjung, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Gulai Ikan Temenung dan seelok-eloknya melawatkan kawasan berhampiran kuala sungai seperti Kuala Kedah kerana di sana ada beberapa gerai yang semata-mata menghidangkan Gulai Ikan Temenung sebagai menu utamanya.

Jangan lupa juga tambahkan side dishnya seperti ulam-ulaman kampung dengan sambal belacan.

Kebanyakan gerai yang menghidangkan Gulai Ikan Temenung ini membuka perniagaan sebelah pagi hingga lepas waktu makan tengahari sahaja.

Populariti Gulai Ikan Temenung yang semakin mendapat tempat di kalangan pelanggan, boleh menjadikan menu masakan ini sebagai satu identiti atau hidangan signature untuk negeri Kedah seperti juga kita kaitkan dengan Mee Udang di Kuala Sepetang atau Tomyam untuk masakan Thai.

Jika anda hendak masak sendiri maka bolehlah rujuk ke blog Nurnatrah Amani Khairudin untuk mendapatkan resepinya.

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: