Posting kali ini untuk share satu post di Facebook oleh Mohd Hafsham Moffie Muffie. Post beliau dishare dalam group Penduduk Alor Setar/ Jitra mengenai satu menu makanan yang menjadi bahan sarapan ruji masyarakat Malaysia tetapi dipersembahkan dalam bentuk yang istemewa. Menu tersebut ialah Roti Canai Gear Box.
Biasanya kita dengar sup Gear Box tapi yang ini pula digandingkan dengan roti canai. Roti Canai yang dipesan dicicah dengan kuah Gear Box. Menarik juga kan?


Harga? Saya telah mengunjungi gerai tersebut dan pada waktu pagi memang ramai pelanggan. Harga untuk Roti Canai Gearbox adalah mengikut saiz “gearbox”nya. Antara RM8.00 hingga RM13.00
Lokasi gerai ini ialah di Medan Selera MDKP, Jalan Protokol (Jalan Jitra dalam peta), Jitra, Kedah. Sekiranya hendak ke Medan Selera ini pengunjung boleh menggunakan Lebuhraya PLUS dan keluar di Exit Jitra (rujuk Peta Pakcik Google di bawah). Jika datang menggunakan Route 1 ianya teletak selepas bandar Jitra.