Top Case Motorsikal – Satu Aksesori Keselamatan

Kelmarin beli sebuah top case untuk motorsikal. Masa mula-mula dulu top case ni popular di kalangan pengguna motorsikal di Singapura sebelum masuk ke Malaysia. Sekarang kebanyakan top case ni menjadi opsyen kepada pemilik motorsikal untuk dipasang pada motorsikal masing-masing.

Mungkin top case ni semakin menjadi keperluan memandangkan kes kecurian kecil-kecilan terhadap barang yang disimpan di raga motorsikal semakin berleluasa. Apa sahaja yang diletakkan dalam raga motorsikal yang terdedah itu berisiko hilang.

Top Case1Sekiranya barang yang diletakkan di dalam raga motor itu diambil orang maka ia berpunca dari kelalaian pemilik. Ini kerana apa sahaja yang mempunyai sedikit nilai pasti menarik perhatian orang yang ada niat untuk mengambilnya, sama ada untuk dijual dengan harga murah atau sememangnya tabiatnya mengambil harta benda orang lain.

Terpaksalah saya invest membeli satu unit top case ini. Syukur aku membelinya pada masa yang tepat (bagi akulah) sebab dapat stok lama. Harga satu unit yang aku beli ialah RM150. Pada hari pertama semasa ditanya itulah harga yang ditulis pada unit berkenaan dan pekedai kurang cuma RM10.00. Kira OK lah sebab dah tanya kedai lain dicakapnya RM200 lebih.

Namun pada hari pertama tidak dapat beli sebab tidak ada rack untuk pasang pada motorsikal sebagai tempat meletak top case. Di suruhnya aku datang hari keesokannya sebab dia nak order dulu rack itu.

Hari kedua pergi, diberitahu rack belum dapat. So, aku pergi sendiri mencari di kedai-kedai motor yang lain dan memperolehinya di sebuah kedai motorsikal yang menjual spare parts motorsikal di Bandar Jitra. Satu unit rack tersebut berharga RM45.00.

Pada ketika yang nampak juga harga top case yang dipamerkan dalam kedai tersebut yang bermula dengan RM220.00 pastinya harga baru.

Selepas pasang supporting rack, aku bali semula ke kedai pertama tadi untuk pasang pula top case. Settle.

Semasa membayar pekedai itu cakaplah harga iaitu RM150.00 dan aku pertikai yang dia telah kurangkan menjadi RM140.00 semasa kali pertama bertanya. Alasan yang diberikan untuk tidak mengurangkannya ialah kerana upah pasang. Kalaulah aku tahu dia ambik upah pasang, pastinya aku beli dan balik pasang sendiri top case itu kerana sememangnya ia boleh DIY dan boleh jimat RM10 untuk bawa anak isteri makan nasi lemak dan teh tarik. Tapi aku rasa bukan upah pasang yang menjadi alasannya, sebaliknay sebab harga top box itu sudah meningkat, jadi pekedai itu hendak mendapat untung extra sahaja. Memanglah RM10.00 sekarang tidak tinggi nilainya tetapi di kawasan Jitra ni masih boleh makan sampai kenyang lagi.

Harga top case sekarang juga sudah naik dan bezanya sampai RM70.00 dari harga lama, jika diambil kira top case yang aku beli itu dengan harga yang baru.

Selepas ada top case ni rasa selamat sedikit jika hendak menyimpan barang-barang kecil dan kurang nilainya seperti baju hujan, buku nota dan pen dan sebagainya walaupun jika orang hendak mencuri boleh mencungkilnya. Sekurang-kurangnya aku sudah berusaha untuk melindungi harta benda aku dan selebihnya aku tawakkal kepada Allah.

Selepas ada top case ni bolehlah maybe aku nak travel mana-mana secara backpacking kot untuk mencari bahan tulis blog.

Imej Pada Sejadah – Satu Isu Yang Remeh?

Kita semua tahu bahawa sejadah adalah alas untuk bersolat tetapi ada juga mereka yang menggunakan sejadah untuk tujuan lain. Ada yang gunakan sebagai salah satu item dalam hantaran kahwin, ada juga yang menjadikannya sebagai alas untuk perhiasan.

Namun apa yang saya ingin tulis dalam posting ini ialah sejadah yang digunakan sebagai alas solat yang sekali-sekala timbul isu-isu yang kontroversi seperti hiasan gambar yang tidak sesuai. Ini kerana semasa solat kita akan menatap sejadah tersebut setiap ketika sama ada sewaktu berdiri dan membaca Al Fatihah serta surah berikutnya, semasa ruko’, semasa iktidal dan duduk antara dua sujud.

Saya telah berkesempatan menunaikan solat di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiba-tiba perasan ada yang tidak kena pada sejadah yang saya sedang gunakan itu. Secara jujurnya sememagnya hilang saki baki kusyuk yang ada. Selesai solat saya telah mengambil gambar ini.

sejadah2

Saya telah post ke dalam Facebook untuk mendapat pandangan mereka yang membaca posting saya itu. Salah satu respons ialah seperti berikut.

sejadah3

Saya setuju ia berlaku secara kebetulan hasil dari rekaan otak kita tetapi jika semua yang kebetulan itu kita tidak ambil berat, maka ada pihak yang akan memandang ringan terhadap sensitiviti kita. Misalnya penghinan terhadap kalimah Allah dan Muhammad pada jenama pakaian terkenal. Adakah kita hendak anggap sebagai secara kebetulan kerana pereka coraknya hanya mengambil kira dari aspek bisnes. Kita adalah manusia yang lemah dan sentiasa di rasuk oleh syaitan untuk lalai dan lupa pada Allah termasuklah semasa solat. Semasa solat pula kita akan menatap sejadah di hadapan kita dan dalam sekelip mata sahaja syaitan boleh mempengaruhi kita untuk lalai. Mungkin juga kita lihat pada gambar kaabah atau kubah mesjid seperti pada kebanyakan sejadah, hati dan mata kita masih boleh bertahan tetapi jika melihat corak-corak hiasan pada sejadah pasti otak akan mula melalaikan kita.

Cuba kita lihat contoh sejadah di bawah. Adakah secara kebetulan atau memang kita yang mereka-reka imej yang tidak ada.

sejadah1

sajadahsajadah bergambar kontroversi

Kembali pada sejadah yang saya gunakan semasa di LTA Kuching, ada dua imej yang secara kebetulan berupa imej yang tidak sewajarnya timbul atas sejadah. Saya bulatkan apa yang saya nampak dan “mereka-rekakan” itu.

Dalam bulan di atas nampak seperti wajah seorang lelaki dengan mata terpejam serta tanda titik di dahi persis wajah pada patung Budha. Tanda pada bahagian bawah pula persis kepala seekor haiwan, macam rusa pun ada, macam harimau pun ada.

Bagi saya ianya sesuatu yang perlu diberi perhatian sebab iman saya tidak kuat sementara bagi mereka yang kuat iman dan kyusuk dalam solat mungkin apa corak yang ada pada sejadah tidak akan menjejaskan kyusuknya.

Mungkin bagi setengah orang ianya perkara remeh dan tidak perlu dipertikai. Wallahualam.