Tragedi Di Makkah

Seluruh dunia digemparkan dengan tragedi kren runtuh di Mesjidil Haram pada 11 September 2015 ketika umat Islam sedang tertumpu dan menanti 10 Zulhijjah untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Tragedi pada waktu Asar itu telah mengorbankan seramai  109 orang dan lebih 200 mengalami cedera.

crane crash 1 Crane crash

Sehingga 24 September 2015 kerja-kerja pembersihan masih dilakukan dan dua lagi mayat dijumpai di bawah runtuhan yang merupakan dua orang bakal haji Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang.

Belum pun kita lupa dengan tragedi kren runtuh itu, seluruh dunia di kejutkan pula dengan trajedi rempuhan jemaah selepas berwukuf di Arafah dan dalam perjalanan untuk ke Jamrah.

Laporan bergrafik oleh BBC 

Menurut satu laporan tragedi itu berlaku disebabkan bagasi yang terjatuh dari sebuah bas yang menyebabkan ada jemaah yang tersandung dan jatuh lalu dirempuh oleh jemaah lain dari belakang.

An interior ministry spokesman, Maj Gen Mansour al-Turki, told the Associated Press news agency the crush happened after pieces of luggage spilled from moving buses in front of one of the entrances to the bridge, causing pilgrims to trip.

At least 289 people were injured, according to the Saudi Health Minister Hamad bin Abdullah al-Maneh. BBC

Sementara itu satu lagi laporan yang diterbitkan di akhbar dan menjadi viral di media sosial ialah kerana lawatan Putera Salman. Press TV melaporkan DI SINI.

putera salman

Menurut laporan Iran’s Hajj and Pilgrimage Organization lebih dari 1,300 jemah, terbunuh. Pihak Arab Saudi pula meletakkan jumlah kematian seramai 717 orang dan 863 orang cedera.

Semoga mereka yang terkorban ketika sedang menjadi tetamu Allah dicucuri rahmat dan berada di sisiNya dengan penuh limpah Ilahi diakhirat nanti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s