Jenayah – Pukau Di ATM

Post ini telah dimuatnaik ke Facebook oleh Sukan Star TV

Saya copy n Paste tanpa ada apa-apa editing sebagai satu sumbangan untuk masyarakat. Membanteras jenayah itu tanggungjawab kita bersama dan mendedahkan modus operandi penjenayah adalah salah satu cara pembanterasan agar bakal mangsa akan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Dipetik dari FB Safaruddin Ridzuan

Pukau di ATM/CDM sekitar Lembah Klang

Sahabat baik saya baru sahaja kena benda ni. Mohon kita saling mengingati pada adik abg kakak saudara sahabat kita supaya berhati-hati dan lebih peka. Modus operandi mereka hampir sama. Saya lampirkan cerita dibawah sebagai ingatan.

Kejadian berlaku pada siang hari dan sahabat saya ini bukan keseorangan didalam bank atau lebih tepat orang ramai juga ada untuk urusan keluar masuk wang dlm ATM/CDM.

Mulanya mangsa mengeluarkan wang dari ATM yang berjumlah RM2850.00 untuk dimasukkan dalam CDM.selepas itu mangsa beratur menunggu giliran kerana 2 mesin CDM rosak hanya 1 mesin berfungsi. Kemudian datang 2orang (mengaku orang turkey) bertanya soalan pada mangsa “adakah mesin ini menerima wang selain wang Malaysia?” Mangsa menjawab tidak dan seterus soalan-soalan yg melalaikan mangsa diaju. Tapi ketika ini mangsa masih menunggu giliran dan belum masukkan wang dalam CDM.

Kemudian semasa tiba giliran mangsa untuk masukkan wang didalam CDM dan sedang memasukkan wang dalam slot CDM, pemukau datang dengan kelam kabutnya dan terus mengambil wang dari slot CDM dan bertanya “adakah wang Malaysia macam yang kamu pegang ini diterima dalam mesin?” Mangsa jawab ya. Sementara itu bahu mangsa ditepuk dan wang didalam slot CDM sudah separuh diambil oleh pemukau.

Kes yang hampir sama ada berlaku. Ini berpandukan laporan polis yg dibuat oleh mangsa lain. Jumlah wang didalam slot CDM & wang didalam poket beg wang diambil kira-kira RM5000.00.

Cara yang paling mudah dan selamat untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku adalah dengan tidak melayan mana-mana orang yang tidak dikenali ketika sedang mengeluarkan atau memasukkan wang di mana-mana bank.

Muka penjenayah ada disertakan. Lokasi dan bank mana saya rahsiakan atas permintaan pengurus bank tersebut.

Author: atok zaha

I am just a small blogger writing about sports, travel and lifestyle and turned into a social media influencer. Will undertake to accept write up invitations. to blog and to share on my social media platforms,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

footsteps........by atok vlog

ekspresi, persepsi dan pandangan expression, perception and views

A Muslim Traveller

Experiences of a Muslim traveller across cultures

zb internet marketing

passive income way to financial freedom

Travel & Liking

With Alex KHOO

Flat Tires and Slow Boats

A Chronicle of Traveling in no Particular Hurry

Just Visit Siena !

My Siena Guide

%d bloggers like this: